Ads :

Saturday, May 26, 2012

Movie DUKUN diharamkan.. ???

Dulu... pada tahun 2007 klu tak silap admin... ada 1 movie tgh dibikin yang kononnya adalah kisah benar mengenai pembunuhan berprofil tinggi iaitu mona fendy.. mesti korang masih ingat kan seorang pengamal ilmu hitam betapa gempar nya ketika itu.. admin masih ingat lagi setiap kali beliau di bawa ke mahkamah.. tiada riak sedih ataupun takut di wajahnya.. tersenyum saja..

Admin sendiri memang menantikan kemunculan movie ni.. tapi selepas tu senyap.. baru2 ni tidak tahu siapa kah yang bertanggugjawap telah mengUpload movie tersebut ke Youtube, movie yang cuma berdurasi 8min++ telah mendapat pandangan positif dan ramai mahu filem tersebut dikeluarkan semula.. baru lah admin tahu yang selama ini movie tu telah siap sepenuhnya tetapi mendapat halangan daripada ditayangkan kerana mengandungi alasan jalan ceritanya yang begitu kontroversi & menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Bagi admin sayang filem ini tidak dapat ditonton kerana walaupun ia cuma berdurasi 8minit tetapi terasa cukup mendebarkan.. memang lah sesuatu yang mengaibkan ..admin paham kalau ahli keluarga mona fendy menentang penanyangan filem ini..tetapi fikir lah secara positif..filem ini boleh menyedarkan orang2 di luar sna yang begitu taksub dengan black magic..meh kita tonton seketika filem DUKUN  ;



Admin kongsi kan juga info daripada   sinemamalaysia.com.my         :


BAU asap kemenyan menusuk hidung, menjadikan suasana dalam salah satu bilik Penjara Pudu agak gerun. Ditambah pula keadaan cahaya yang agak suram, sunyi, hanya kedengaran suara dua manusia yang membicarakan mengenai hidup dan matinya.
Seorang wanita berpakaian serba hitam, melepaskan kata-kata sinis dengan renungan tajam, seolah-olah memperli, atau mungkin juga memperlekehkan kewibawaan peguam muda, yang tampil dengan gaya segak dan serius untuk bertindak sebagai pembela di atas kesalahan yang dilakukannya.
Demikianlah antara suasana atau satu daripada babak dalam filem Dukun arahan Dain Saaid, sepanjang penggambarannya di Penjara Pudu, bangunan bersejarah yang tersergam di tengah ibu kota, dibina sejak era kolonial pada 1895.
Filem Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan kejam dan penuh misteri yang dilakukan Mona Fandey. Jenayah itu cukup menggerunkan apabila dia mengerat kepada 18 potongan terhadap mayat mangsa yang dibunuhnya.
Misteri di sebalik pembunuhan dan wanita bernama Mona Fandey ini menarik minat Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Dominique Hee atau Dom, untuk dipindahkan dalam bentuk filem supaya mereka yang menonton kelak, dapat memikirkan kenapa kita percaya pada kuasa dukun dan kenapa ilmu hitam itu wujud dalam kehidupan kita
"Banyak persoalan menarik di sebalik jenayah kejam itu. Ia tidak menjurus kepada wanita itu (Mona Fandey) semata-mata. Persoalan paling 0menarik ialah kepercayaan kita kepada dukun. Bukan saja orang Melayu, orang Cina atau di mana-mana saja di dunia ini percaya kepada dukun.
"Kenapa kita percaya kepada dukun? Kenapa kita percaya kewujudan ilmu hitam? Saya yakin setiap orang daripada kita percaya kepada ilmu hitam. Saya, walaupun orang Cina, percaya adanya ilmu hitam.
"Sebab itulah, dalam filem ini saya ketengahkan pengaruh dan kuasa seorang dukun, dan ilmu hitam kerana kedua-duanya adalah persoalan atau isu universal. Di mana sama saja, baik Afrika, Amerika atau Eropah, pengaruh dan kuasa ilmu hitam seseorang dukun ada. Cuma istilahnya berbeza," katanya semasa ditemui di lokasi penggambaran filem itu, baru-baru ini.
Untuk menjayakan Dukun, beliau menemui bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan, orang penting yang mengendalikan kes pembunuhan kejam dan ngeri itu.
"Beliau memberikan banyak maklumat penting. Datuk (Zaman Khan) juga menjadi penasihat filem ini. Daripada maklumat dan bahan yang beliau beri, kami serahkan kepada Huzir (Sulaiman) untuk dijadikan skrip.
"Sebelum dijadikan filem, draf skrip ini dirombak berulang kali, kalau tak silap lapan atau 10 kali. Itu tidak termasuk rombakan kecil pada plot, subplot, subteks yang menjadi tulang belakang kepada cerita dalam filem ini," katanya.
Dukun bukan sebuah filem seram tetapi dianggap sebagai filem `super natural' iaitu menyingkap kejadian pelik yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Kes Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail menggemparkan Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993.
Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001. Umie Aida, Faizal dipilih watak utama
SEMENTARA itu, penggambaran di Penjara Pudu ini membabitkan babak Umie Aida sebagai Diana ditemui Faizal Hussien sebagai Karim, seorang peguam bela dalam penjara. Diana yang angkuh dengan kuasa ilmu hitam yang dimilikinya memperkecilkan `kuasa' yang dimiliki oleh Karim yang berusaha untuk mengurangkan hukuman pelanggannya itu.
"Saya tahu Diana ini adalah Mona, itu sebabnya saya agak seram juga memikul watak ini. Tapi ia menarik, mencabar jiwa kita, terutama untuk memahami dan menghayati mengenai seorang wanita yang taksub dengan ilmu hitam.
"Untuk menjiwai watak ini, saya membeli seekor ular sebab nak memahami pergerakannya dan sifatnya. Saya difahamkan, dia (Mona) pernah ke Indonesia untuk menuntut ilmu ular," kata Umie.
Bagi Dain, yang menjadi sutradara filem ini, menganggap lakonan Umie dan Faizal memang bagus kerana beliau tidak perlu mengambil masa lama untuk menyelesaikan setiap babak yang dikehendakinya. "Mereka tahu apa yang saya hendak.
Mereka faham karektor dan watak masing-masing dalam filem ini. Dukun filem yang penuh dengan misteri. Saya pun kadang-kadang naik bulu roma bila menyelesaikan sesuatu babak," katanya yang hampir 20 tahun terbabit dalam pengarahan filem komersial.

sumber gambar & info : sinemamalaysia.com.my
Psssttt...jika korang suka dengan artikel ni..sila lah share..

2 comments:

  1. mane nak dpt cerite dukun ni....ade x link ke ape..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://velocicosm.com/6p0V

      Refer download link ni bro. Memang seram semacam la filem.

      Delete