Ads :

Saturday, May 19, 2012

Dari Pelakon Hollywood Kini Berdakwah..

Korang kenal Emilie Francois, artis kelahiran Britin, kerjayanya bermula ketika berumur 12 tahun , dia berpeluang bergading bahu di dalam lakonan Sense and Sensibility (1995). Di mana beliau melakonkan watak Margaret Dashwood bersama-sama dengan nama besar iaitu Emma Thompson and Kate Winslet. Kerjaya beliau terus berkembang dengan berlakon beberapa buah filem seperti Paws (1997) dan New Year's Day (2000). 

Sense And Sensibility (1995)

Alhamdulilah .. pada tahun 2003 pelakon berbakat besar ini telah menemui jalan sebenar dalam kehidupannya.. Emilie Francois ini telah menjadi muslim dan menukar  nama nya menjadi Myriam Francois-Cerrah. Setelah itu menjadi salah seorang yang aktif di dalam menerangkan apa itu islam di mata dunia... meh admin nak share cerita terkini mengenai Myriam Francois-Cerrah yang admin dapat info dari mstar online..

Wardina bertemu dengan Myriam ketika dijemput menjadi penceramah di United Kingdom baru-baru ini.

PETALING JAYA: Bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 akan muncul di negara ini sempena Seminar Wanita Antarabangsa anjuran Mercy Mission Malaysia.
Ia akan diadakan pada 30 Jun depan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Menurut pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah, kemunculan Myriam adalah untuk berdialog dalam seminar yang diberi nama Being Me, bertujuan untuk memperkasakan wanita Muslimah di Malaysia.
"Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.
"Kesempatan saya bertemu dengannya baru-baru ini ketika dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom telah membuka peluang untuk kerjasama ini.
"Ia juga diadakan bagi memberi inspirasi, ilmu dan keyakinan kepada wanita untuk terus mencari kekuatan dan potensi sebenar agar diri disayangi Allah selain berperanan sebagai isteri, ibu, anak, dan anggota masyarakat yang aktif.

“Kedatangan Myriam juga adalah salah satu dakwah yang seharusnya mendapat sokongan semua pihak kerana beliau akan berkongsi banyak pengalaman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaitu Sense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .
Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.
Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.
Selain wanita tersebut, antara speaker lain yang akan turut sama dalam program satu hari itu adalah penulis terkenal dari Amerika Syarikat, Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Sheikh Tawfique Chowdhury dan Syakh Yahya Ibrahim dari Australia.
Manakala Dr. Fadila Grine dari Canada dan Dr. Sofia (Malaysia) akan mengendalikan bengkel mengenai pendidikan anak mengikut Al-quran dan Sunnah.
Dalam pada itu, Wardina berkata, selain seminar, antara aktiviti lain yang diadakan pada acara tersebut antaranya pertunjukan fesyen, bazar, anugerah Muslimah, program “Daddy and Me”
Program tersebut turut mendapat perhatian daripada ramai selebriti tempatan dalam sebuah pertunjukan fesyen iaitu “I Am Me” melibatkan Daphnee Iking, Sharifah Sofea, Sasha Saidin, Liyana Hisham dan Heliza Helmi.
Kepada yang berminat untuk menyertai program ini dan berjumpa sendiri dengan Myriam boleh membuat tempahan tiket menerusi laman web www.being-me.org.

Sumber gambar & info : mstar online.
Pssstt : Jika korang suka dengan artikel ni sila lh share... 

No comments:

Post a Comment