Tempohari admin ada bgtau kan..kalau ada penjelasan daripada pihak Bubu akan admin update kat blog.. ok semalam bubu telah tampil untuk memperjelaskan isu tersebut melalui Metro Ahad yang admin ceduk dr beautifulnara.com.. meh admin share kan erk..
Dan Abang Nara sudah tengok video YouTube sidang media yang telah dihadiri oleh Bubu dan Syahrini, ternyata memang Bubu tidak membuat sebarang pengakuan bahawa dia merupakan cucu kepada Sultan Selangor. Ini dikuatkan lagi apabila Bubu memaklumkan sehingga ke hari ini dirinya tidak dipanggil menghadap pihak istana sekiranya benar dia mendakwa dirinya adalah cucu Sultan Selangor.Harapan Abang Nara agar Bubu tampil memperbetulkan keadaan akhirnya tercapai apabila semalam Bubu telah tampil di Metro Ahad untuk menyatakan yang kenyataannya telah diputar belitkan oleh media Indonesia. Sebelum ini, Bubu telah dikecam teruk kerana mengakui dirinya adalah cucu kepada Sultan Selangor. Namun rupa-rupanya, Bubu sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya media Indonesia yang mereka cerita sendiri.
Ini adalah sedikit petikan kata-kata Bubu, atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid:-Di dalam sidang media itu, saya cuma mengatakan berketurunan kerabat diraja. Saya tak cakap saya cucu sultan. Keturunan bapa saya, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin adalah susur galur daripada keturunan sultan ketiga yang memerintah sebuah negeri di Semenanjung daripada 1826 hingga 1857. Itu saja dan saya memang saya bukan cucu kepada sultan yang memerintah negeri itu sekarang. Mereka (media Indonesia) juga memfitnah mengatakan saya membuat pengakuan itu kerana mahuka publisiti murahanItu memang jelas satu fitnah terhadap saya. Jika benar sultan murka dan mengarahkan saya disiasat, kenapa sehingga sekarang mereka tidak menghubungi saya? Saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak istana atau kerajaan negeri itu. Jika baginda betul-betul murka, saya percaya saya akan dipanggil ke istana sebaik berita itu disiarkan.
Sumber info & Gambar : beautifulnara.com
Psssstttt.. kalau anda suka dengan artikel ni..sila lah share..
No comments:
Post a Comment