Ads :

Monday, May 14, 2012

Joey Abaikan Tanggungjawap ???

Kata orang kalau berlakunya penceraian anak-anak lah yang menjadi mangsa keadaan.. kita ni manusia yang amat payah untuk berlaku adil.. admin pernah post mengenai majlis resepsi Joey & watie dan terbaru di beautifulnara.com telah keluar 1 post keluhan hati bekas isteri joey .. sedih membacanya (yelah 1 kaum kan) tetapi bagi admin berbincang lah , tak perlu lah jadikan media or blog medan untuk membuka pekung di dada...
meh admin share kan..admin copy n paste jer dr beautifulnara.com

joey lupa anak

Mungkin ada yang berkata Joey sememangnya tidak wajib bertanggungjawab kerana Zidani sekadar seorang anak angkat. Namun apabila anda membaca kata-kata daripada Noraini, pastinya anda akan berfikir 2, 3 kali sebelum berkata sebegitu. Kata Noraini:-
Dulu, Joey yang beriya-iya sehingga menangis ketika menyambut Zidani di hospital. Kini hanya Tuhan yang tahu beban yang ditinggalkan untuk saya. Siang malam saya bekerja untuk membesar Zidani, kami terkontang-kanting untuk hidup. Amanah Tuhan terus dibuangnya bagaikan sampah! Saya hiba setiap hari Zidani akan bertanya ‘kenapa baba tidak balik bekerja?’ Mungkin juga sudah tiba masanya saya mahu memberitahu Zidani, baba sudah mati. Seingat saya hanya RM1,000 duit belanja anak diberikan, itupun kira-kira 2 tahun lalu ketika meninggalkan kami. Sejak itu yuran sekolah, makan minum, pakai dan sakit pening ayah tidak pernah diambil peduli. Sampaikan anak bersekolah di mana pun dia tidak tahu
Sedih kan? Bagi Abang Nara, walaupun sekadar anak angkat, oleh kerana keputusan untuk mengambil Zidani sebagai anak telah dibuat bersama-sama, sepatutnya Joey ada rasa tanggungjawab untuk membesarkan anaknya. Kata Noraini lagi:-
Dua kali Zidani sakit teruk, jangan kata nak datang jenguk, hulur lima sen pun tidak. Joey cakap dengan kawan-kawannya saya tidak memberinya jenguk anak, itu satu pembohongan! Joey pernah terbabit dalam penggambaran berdekatan dengan rumah tidak lama dulu, jangan ingat saya tidak tahu, tapi itupun dia tidak menjenguk anak. Apa salahnya singgah sekejap, hantar duit RM50 pun tidak mengapa. Takkan saya nak menghalaunya jika dia ketuk pintu rumah nak jenguk anak. Saya pun kasihan pada Zidani, nama ‘baba’ tidak pernah lekang daripada bibirnya biarpun sudah 2 tahun Joey meninggalkan kami.

No comments:

Post a Comment