Ads :

Friday, May 18, 2012

Ady Putra Nak Becerai ???

Blog-blog hiburan mula menyiarkan sejak kalmarin isu peceraian Adi putra dan ramai yang komen punca keretakan rumahtangga mereka adalah disebabkan oleh orang ke tiga dan nama yang cukup panas dikaitkan adalah Nora Danish.. disebabkan gambar umrah mereka bersama2... walhal .. perjalanan umrah mereka adalah ditaja.. disebabkan mereka berdua dilantik menjadi duta agensi tersebut.

Bagi admin... jangan lah kita tunding2 dulu .. walaupun c nora danish tu janda hot ...yer tak.. kita ni manusia biasa mana lah terlepas dengan pelbagai masalah.. mungkin dah sampai waktu jodoh mereka.. admin cuma berharap agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan ..amin.. 

Meh lah admin share kenyataan  Ady Putra yang telah di post di Mstar Online :




PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.
Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.
“Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut.
“Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini,” katanya kepada portal dailychilli.com di sini, Khamis.
Adi Putra dan isterinya ketika menunaikan umrah pada 8 Mei lalu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku.
Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi dram bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saja jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.
Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

No comments:

Post a Comment