Ads :

Saturday, May 12, 2012

Adira & AGcoco (Hujan Band) bercinta?

Nama adira sedang  meningkat naik.. so dr isu pegang anak anjing sampai lah perpisahannya bersama hafiz.. Terkini telah tersebar beberapa keping gambar adira bersama  AGcoco anggota kumpulan Hujan yg dikatakan sedang hangat bercinta.. dr  info yang admin dapat, adira tidak mengiyakan tetapi tidak juga menafikan ... haha.. kawan tapi mesra agaknya..  meh admin share dulu gambar yang admin ambil dr izyan.com



Manakala info dr Oh bulan, admin copy n paste kan erk  :

Pernah digosipkan dengan Shahir sewaktu menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia, pernah bercinta dengan penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz, dan juga pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang ‘pengkid’. Kini, Adira, 21, atau mesra dipanggil Yayang ini dikatakan sedang bermain “angin cinta” dengan gitaris Hujan, AG Coco.
Menurut Adira dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar online tempatan, dia tidak menolak atau menafikan sekiranya takdir menemukan dia dan gitaris Hujan, AG Coco, sebagai suaminya. Namun Adira tidak pula mengiyakan bahawa dia dan AG Coco sedang bercinta dan menjelaskan bahawa mereka hanya rapat saja.
“Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira. Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima. Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta,” ujar Adira dipetik dari mStar Online.
Kenyataan dari AG Coco atau nama sebenarnya, Hedzry Hafiz, pula menjelaskan bahawa dia mengakui hubungannya bersama Adira lebih akrab selepas berkerjasama dalam projek Akustik Adira. AG turut menjelaskan bahawa dia mula tertarik kepada Adira kerana sikap Adira yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya.
“Saya seorang yang gila kerja sampai boleh mengabaikan kesihatan dan masa makan. Jadi Adira banyak mengingatkan saya dan sangat tegas kerana dia juga saya mula sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan.” – AG Coco, dipetik dari mStar Online.

psstt : jika anda suka artikel ini ,sila lah share...

No comments:

Post a Comment