Admin pernah post kecomelan anak pasangan ni.. dan kini sering kita mendengar yang pasangan ini sudah tidak sehaluan kerana si suami sudah jarang menemani isterinya ke mana-mana.. admin suka ngn pasangan ni.. mudah2an lah semua tu sekadar gossip sahaja.. meh admin share kenyataan yang telah dikeluarkan di http://mynewshub.my
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon wanita jelita, Erra Fazira menafikan rumah tangganya dengan Engku Emran mengalami masalah dan sedang dilanda krisis seperti mana cerita-cerita gosip yang disebarkan kepada umum.Menerusi BiPop, Erra tampil memberikan penjelasan mengenai hubungan suami isteri antara dia dan Emran masih lagi bahagia di samping anak perempuannya, Aleesya.Erra yang sedikit pun tidak melatah, mengetahui cerita yang kurang enak mengenai rumah tangganya diperkatakan oleh umum memandangkan kisah dia mempunyai masalah rumah tangga sudah lama dicanang sejak dari tahun lepas.“Saya tahu orang luar suka bercakap soal rumah tangga saya, macam-macam versi cerita yang saya dengar tapi hakikatnya, suami masih di depan mata saya. Emran masih suami saya dan bapa kepada Aleesya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana?” kata Erra.Tidak mahu ambil pusing dengan cakap-cakap orang, Erra lebih senang untuk bersikap tenang dan membiarkan sahaja gosip tidak berasas yang disampaikan oleh orang ramai.Malah, pelakon yang masih lagi seperti anak dara itu juga tidak mahu membebankan dirinya dengan cerita fitnah mengenai rumah tangganya sedangkan dirinya lebih mengetahui perihal keluarganya.“Biarlah mereka bercakap selagi boleh… Jika menafikan, ada pula cakap saya cuba berselindung atau `cover line’. Nak `cover line’ apa, jika tidak benar! Saya tidak suka membebankan fikiran, soalnya orang luar lebih mengetahui soal isi rumah tangga saya. Bagi saya, suami dan anak menjadi keutamaan, kerjaya pula sudah jatuh nombor dua selepas saya berkahwin,” katanya.Justeru itu, Erra berharap agar semua pihak sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarganya dan cerita-cerita kurang enak antara dia dan Emran tidak perlu diperbesarkan lagi.Oleh: NAIMAH SHAARI
psssttt : Jika anda suka dengan artikel ini, sila share...maceh....
No comments:
Post a Comment