Ads :

Wednesday, May 30, 2012

Haiwan Terkecil di Dunia

~~PERHATIAN~~ Admin masa ini tengah bercuti , insyaallah 31hb Mei baru ada mengemaskini semula..apa yang ada ni hanya lah post berjadual.

Admin nak share binatang2  terkecil di dunia.. walaupun ada yg berada di dalam spesis berbisa tetapi nampak comel jer klu tengok kecik2 ni kan...

Meh admin nak share...

Some of the Worlds Smallest Animals
Ducky(short-coat Chihuahua)- 1.4 pounds, 4.9 inces tall
Some of the Worlds Smallest Animals
Leptotyphlops carlae (the world’s smallest snake)- 4 inches long
Some of the Worlds Smallest Animals
Thumbelina (the world’s smallest horse)- 17 inches tall
Some of the Worlds Smallest Animals
The smallest fish-0.3 inches long
Some of the Worlds Smallest Animals
Mr.Peebles- 6.1-inches high and 19.2-inch long, weighs about 3 pounds
Some of the Worlds Smallest Animals
Pee Wee (the smallest hampster)- 0.9-inches tall
Some of the Worlds Smallest Animals
The smallest Cameleon- 0.5 inches long
Some of the Worlds Smallest Animals
Hippocampus denise (the smallest seahorse)- 0.6 inches long
Some of the Worlds Smallest Animals
Some of the Worlds Smallest Animals
Some of the Worlds Smallest Animals
Some of the Worlds Smallest Animals
Some of the Worlds Smallest Animals
Some of the Worlds Smallest Animals


 Sumber info & Gambar : do-while.com
Psssstttt.. kalau anda suka dengan artikel ni..sila lah share..

Tuesday, May 29, 2012

Bangunan UNIK di Dunia

~~PERHATIAN ~~ Admin bercuti sekarang ni.. so akan ada update pada 31hb, insyaallah.. ni adalah post berjadual..

Dunia senibina dari hari ke hari dh macam it ... admin rasa dah semakin banyak rekaan yang melangkaui zaman kita.. ini lah agaknya berfikir di luar kotak eerkk... meh lah kita tengok rekaan  bangunan yang unik.. kepada perekanya..jurutera2nya.. korang memang genius..
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings
Strange and Uniquely Shaped Buildings


 Sumber info & Gambar : Do-while.com
Psssstttt.. kalau anda suka dengan artikel ni..sila lah share..

Monday, May 28, 2012

BUBU @ Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid Tampil Memberikan Penjelasan

Tempohari admin ada bgtau kan..kalau ada penjelasan daripada pihak Bubu akan admin update kat blog.. ok semalam bubu telah tampil untuk memperjelaskan isu tersebut melalui Metro Ahad yang admin ceduk dr beautifulnara.com.. meh admin share kan erk.. 

bubu
Dan Abang Nara sudah tengok video YouTube sidang media yang telah dihadiri oleh Bubu dan Syahrini, ternyata memang Bubu tidak membuat sebarang pengakuan bahawa dia merupakan cucu kepada Sultan Selangor. Ini dikuatkan lagi apabila Bubu memaklumkan sehingga ke hari ini dirinya tidak dipanggil menghadap pihak istana sekiranya benar dia mendakwa dirinya adalah cucu Sultan Selangor.
Harapan Abang Nara agar Bubu tampil memperbetulkan keadaan akhirnya tercapai apabila semalam Bubu telah tampil di Metro Ahad untuk menyatakan yang kenyataannya telah diputar belitkan oleh media Indonesia. Sebelum ini, Bubu telah dikecam teruk kerana mengakui dirinya adalah cucu kepada Sultan Selangor. Namun rupa-rupanya, Bubu sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya media Indonesia yang mereka cerita sendiri.
bubu
Ini adalah sedikit petikan kata-kata Bubu, atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid:-
Di dalam sidang media itu, saya cuma mengatakan berketurunan kerabat diraja. Saya tak cakap saya cucu sultan. Keturunan bapa saya, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin adalah susur galur daripada keturunan sultan ketiga yang memerintah sebuah negeri di Semenanjung daripada 1826 hingga 1857. Itu saja dan saya memang saya bukan cucu kepada sultan yang memerintah negeri itu sekarang. Mereka (media Indonesia) juga memfitnah mengatakan saya membuat pengakuan itu kerana mahuka publisiti murahan
Itu memang jelas satu fitnah terhadap saya. Jika benar sultan murka dan mengarahkan saya disiasat, kenapa sehingga sekarang mereka tidak menghubungi saya? Saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak istana atau kerajaan negeri itu. Jika baginda betul-betul murka, saya percaya saya akan dipanggil ke istana sebaik berita itu disiarkan.

 Sumber info & Gambar : beautifulnara.com
Psssstttt.. kalau anda suka dengan artikel ni..sila lah share..

Zander Xayne Iskandar Yang Cute..

Sudah menjadi trend sekarang ni erk mana2 yang berkemampuan akan mengabdikan gambar2 baby mereka tak kira lah sama ada menggunakan khidmat jurukamera amatur atau profesional. Begitu juga Harith Iskandar dan wifenya Dr. Jezamine Lim telah menggunakan khidmat karya jurugambar terkenal, Sammy Khoo. Jom lah kita tengok keCUTEan anak harith Zander Xayne Iskander ni di depan kamera..

Like father Like Son ler...
Kecik2 dah pandai bergaya
geram seh tgk...

Sumber info & gmabar : Rotikaya.com


Pssstt... klu anda suka dengan artikel ni.jangan segan2 utk share...

Saturday, May 26, 2012

Movie DUKUN diharamkan.. ???

Dulu... pada tahun 2007 klu tak silap admin... ada 1 movie tgh dibikin yang kononnya adalah kisah benar mengenai pembunuhan berprofil tinggi iaitu mona fendy.. mesti korang masih ingat kan seorang pengamal ilmu hitam betapa gempar nya ketika itu.. admin masih ingat lagi setiap kali beliau di bawa ke mahkamah.. tiada riak sedih ataupun takut di wajahnya.. tersenyum saja..

Admin sendiri memang menantikan kemunculan movie ni.. tapi selepas tu senyap.. baru2 ni tidak tahu siapa kah yang bertanggugjawap telah mengUpload movie tersebut ke Youtube, movie yang cuma berdurasi 8min++ telah mendapat pandangan positif dan ramai mahu filem tersebut dikeluarkan semula.. baru lah admin tahu yang selama ini movie tu telah siap sepenuhnya tetapi mendapat halangan daripada ditayangkan kerana mengandungi alasan jalan ceritanya yang begitu kontroversi & menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Bagi admin sayang filem ini tidak dapat ditonton kerana walaupun ia cuma berdurasi 8minit tetapi terasa cukup mendebarkan.. memang lah sesuatu yang mengaibkan ..admin paham kalau ahli keluarga mona fendy menentang penanyangan filem ini..tetapi fikir lah secara positif..filem ini boleh menyedarkan orang2 di luar sna yang begitu taksub dengan black magic..meh kita tonton seketika filem DUKUN  ;



Admin kongsi kan juga info daripada   sinemamalaysia.com.my         :


BAU asap kemenyan menusuk hidung, menjadikan suasana dalam salah satu bilik Penjara Pudu agak gerun. Ditambah pula keadaan cahaya yang agak suram, sunyi, hanya kedengaran suara dua manusia yang membicarakan mengenai hidup dan matinya.
Seorang wanita berpakaian serba hitam, melepaskan kata-kata sinis dengan renungan tajam, seolah-olah memperli, atau mungkin juga memperlekehkan kewibawaan peguam muda, yang tampil dengan gaya segak dan serius untuk bertindak sebagai pembela di atas kesalahan yang dilakukannya.
Demikianlah antara suasana atau satu daripada babak dalam filem Dukun arahan Dain Saaid, sepanjang penggambarannya di Penjara Pudu, bangunan bersejarah yang tersergam di tengah ibu kota, dibina sejak era kolonial pada 1895.
Filem Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan kejam dan penuh misteri yang dilakukan Mona Fandey. Jenayah itu cukup menggerunkan apabila dia mengerat kepada 18 potongan terhadap mayat mangsa yang dibunuhnya.
Misteri di sebalik pembunuhan dan wanita bernama Mona Fandey ini menarik minat Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Dominique Hee atau Dom, untuk dipindahkan dalam bentuk filem supaya mereka yang menonton kelak, dapat memikirkan kenapa kita percaya pada kuasa dukun dan kenapa ilmu hitam itu wujud dalam kehidupan kita
"Banyak persoalan menarik di sebalik jenayah kejam itu. Ia tidak menjurus kepada wanita itu (Mona Fandey) semata-mata. Persoalan paling 0menarik ialah kepercayaan kita kepada dukun. Bukan saja orang Melayu, orang Cina atau di mana-mana saja di dunia ini percaya kepada dukun.
"Kenapa kita percaya kepada dukun? Kenapa kita percaya kewujudan ilmu hitam? Saya yakin setiap orang daripada kita percaya kepada ilmu hitam. Saya, walaupun orang Cina, percaya adanya ilmu hitam.
"Sebab itulah, dalam filem ini saya ketengahkan pengaruh dan kuasa seorang dukun, dan ilmu hitam kerana kedua-duanya adalah persoalan atau isu universal. Di mana sama saja, baik Afrika, Amerika atau Eropah, pengaruh dan kuasa ilmu hitam seseorang dukun ada. Cuma istilahnya berbeza," katanya semasa ditemui di lokasi penggambaran filem itu, baru-baru ini.
Untuk menjayakan Dukun, beliau menemui bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zaman Khan, orang penting yang mengendalikan kes pembunuhan kejam dan ngeri itu.
"Beliau memberikan banyak maklumat penting. Datuk (Zaman Khan) juga menjadi penasihat filem ini. Daripada maklumat dan bahan yang beliau beri, kami serahkan kepada Huzir (Sulaiman) untuk dijadikan skrip.
"Sebelum dijadikan filem, draf skrip ini dirombak berulang kali, kalau tak silap lapan atau 10 kali. Itu tidak termasuk rombakan kecil pada plot, subplot, subteks yang menjadi tulang belakang kepada cerita dalam filem ini," katanya.
Dukun bukan sebuah filem seram tetapi dianggap sebagai filem `super natural' iaitu menyingkap kejadian pelik yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Kes Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail menggemparkan Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993.
Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001. Umie Aida, Faizal dipilih watak utama
SEMENTARA itu, penggambaran di Penjara Pudu ini membabitkan babak Umie Aida sebagai Diana ditemui Faizal Hussien sebagai Karim, seorang peguam bela dalam penjara. Diana yang angkuh dengan kuasa ilmu hitam yang dimilikinya memperkecilkan `kuasa' yang dimiliki oleh Karim yang berusaha untuk mengurangkan hukuman pelanggannya itu.
"Saya tahu Diana ini adalah Mona, itu sebabnya saya agak seram juga memikul watak ini. Tapi ia menarik, mencabar jiwa kita, terutama untuk memahami dan menghayati mengenai seorang wanita yang taksub dengan ilmu hitam.
"Untuk menjiwai watak ini, saya membeli seekor ular sebab nak memahami pergerakannya dan sifatnya. Saya difahamkan, dia (Mona) pernah ke Indonesia untuk menuntut ilmu ular," kata Umie.
Bagi Dain, yang menjadi sutradara filem ini, menganggap lakonan Umie dan Faizal memang bagus kerana beliau tidak perlu mengambil masa lama untuk menyelesaikan setiap babak yang dikehendakinya. "Mereka tahu apa yang saya hendak.
Mereka faham karektor dan watak masing-masing dalam filem ini. Dukun filem yang penuh dengan misteri. Saya pun kadang-kadang naik bulu roma bila menyelesaikan sesuatu babak," katanya yang hampir 20 tahun terbabit dalam pengarahan filem komersial.

sumber gambar & info : sinemamalaysia.com.my
Psssttt...jika korang suka dengan artikel ni..sila lah share..

Kesihatan Ayah Aidil Terganggu..???

Admin rasa tahun ni.. kes peceraian  antara Rita & Aidil adalah yang paling hebat diperkatakan.. Lebih banyak aksi main tarik tali dalam kes mereka ini.. dan admin percaya.. bukan shaja rita dan aidil .. kalau ia berlaku ke atas sesiapa pun di dalam dunia ini, ibu bapa lah yang akan teramat risau..

Mengikut info yang terdapat di dalam blog rentakartis.com, ayah kepada aidil telah dimasukkan ke dalam wad kerana mengalami gangguan kesihatan. 

Admin share kan kisah sepenuhnya..

SEJAK akhir-akhir ini, isu pergolakan rumah tangga di antara pelakon terkenal, Rita Rudaini dan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan, mendapat liputan meluas.
Ketika kes penceraian mereka masih berlangsung di mahkamah, bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh, 62, dikejarkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak menentu.
Menurut kembar Aidil, Zaquan Adha, keadaan bapanya kini stabil, namun masih belum dibenarkan pulang.
“Pada hari Khamis lalu, bapa saya ke klinik untuk dapatkan bekalan oksigen kerana dia mengidap penyakit asma. Namun, doktor mengarahkan bapa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
“Doktor memberitahu tahap kesihatannya tidak baik kerana terdapat jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Sehingga kini, bapa masih di hospital dan doktor sahkan bapa turut mengidap kencing manis.
“Sabtu dan Ahad lalu, saya pergi menziarahinya bersama isteri, Ayu Raudhah. Pun begitu, saya tetap menghubunginya untuk mengetahui perkembangan,” katanya yang kini berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Ditanya, adakah kesihatan bapanya terganggu kerana tertekan dengan berita penceraian abangnya, Zaquan bagaimanapun enggan mengulas mengenai hal itu.
“Orang tua ni, bila dah banyak berfikir, memang macam itulah. Kadang-kadang, terbawa-bawa sehingga menjejaskan kesihatan.
“Apa pun, saya tak mahu masuk campur dalam urusan itu kerana saya tidak mahu orang cakap saya ni ‘batu api’ pula.
“Namun, tidak semua yang dia (Rita) katakan itu adalah benar. Masyarakat boleh nilai sendiri apa yang betul. Saya minta, jangan babitkan keluarga saya dalam hal rumah tangganya kerana keputusan itu adalah keputusan Aidil sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa,” jelasnya. -SINARHARIAN

 Sumber info & gambar  : rentakartis.com

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk...

Friday, May 25, 2012

Nora Danish Mengaku....????

Admin dah keluarkan post pasal seorang artis "Khayal..Clubing.. Setelah Baru Balik Dari Umrah???" dan admin rasa suma dh tau yang gambar tersebut adalah Nora Danish.. Tetapi admin ada bgtau dlm post sebelum ni.. gambar yang diberikan tidak dapat membuktikan ia dilakukan selepas balik dari umrah..

Dan seperti yang disangka oleh admin.. gambar tersebut di ambil ketika beliau masih bersama jejai..dan yang dalam gambar tersebut adalah sedara mara jejai ketika mereka bercuti di Bali.. admin copy n paste kan post yang dikeluarkan oleh blog Mediamalaya.com.

Admin harap selepas ni ssudah2 lah ngutuk hot mama tu ...sian dia..

Lagi penyebaran gambar yang mengaibkan pelakon comel Nora Danish. Gosip mengatakan gambar di atas ini merupakan Nora Danish bersama rakan-rakannye yang mabuk di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini hanyelah gosip semate kerana menurut sumber terdekat Nora Danish, gambar ini merupakan koleksi gambar yang diambil ketika dia bersama keluarga bekas suaminye. Pada ketike itu, kebetulan Nora Danish memakai seluar pendek ala amoi seolah-olah menunjukkannye hanye memakai seluar dalam.


sumber gambar & info : Mediamalaya.com
Psssttt...jika korang suka dengan artikel ni..sila lah share..

Thursday, May 24, 2012

Khayal..Clubing.. Setelah Baru Balik Dari Umrah???

Ok Gossip Di Pagi Hari.. sebelum admin mula membebel .. admin share dulu gambar yang diterima oleh pihak Rotikaya.com.. lepas tu kita nilai sama2 (chewah mcm nk cek kertas peperiksaan lak admin rasa..)


Khabarnya ....

* gambar ini telah di email kan kepada pihak dorg.
* gambar ini di ambil di salah sebuah kelab malam, ketika artis tersebut tengah khayal.
* gambar ini di ambil pada hujung minggu yang lalu setelah baru balik daripada umrah.

Ok.. bagi admin p umrah bukannya seperti p ke london or ke negara2 mana2 sekali pun.. tu lah tempat suci yang sedikit sebanyak akan mengubah kehidupan orang itu kalau dia betul2 berniat ikhlas ke sana... Admin rasa tengok daripada gambar tersebut pun boleh agak siapa kan.. tetapi.... kita jangan menunding dulu..

gambar yang admin nampak ni tak bertarikh..xleh nk dibuktikan ia betul2 di ambil setelah beliau pulang dr umrah.. kan..kan..

Alahai klu lah betul dia.. dan gambar ni memang selepas umrah.. admin agak sedikit kecewa lah juga.. yelah tak semua org bepeluang ke sna.. tapi dia mensia2kannya...

sumber gambar & info : Rotikaya.com

Psssttt...jika korang suka dengan artikel ni..sila lah share..

Wednesday, May 23, 2012

Luahan Rasa Dira Abu Zahar ... Pengunduran Melodi

Admin rasa ramai yang sudah maklum yang Dira Abu Zahar dikatakan telah mengundurkan diri daripada rancangan Melodi.. Tetapi ramai yang mengatakan isu aksi sepak muka dengan kasut tumit tinggi tu lah punca beliau digugurkan.. Apabila isu ini semakin panas.. beliau mengambil alternatif dengan meluahkan perasaannya  melalui blog beliau ... meh admin share.. 

Alhamdulillah.. semua sudah selesai dengan tenang. Ini merupakan kenyataan rasmi dari ketukan papan kekunci  saya sendiri. Blog ini juga tidak pernah kawal oleh mana - mana admin (seperti manager mahupun PA). Apa yg terketuk di sini adalah hasil dari bicara hati yang kadang - kadang memberontak mahu melepaskan sesuatu tapi bisa takut dengan cabulan mulut berbicara, aku diamkan dan akhirnya menjadi ketukan papan kekunci sahaja lah..

Dengan ini, aku percaya dengan kuasa media yang maha hebat, aku percaya segelintir besar peminat industri ( tidak semestinya peminat aku ehh.. ) sudah pun sedia maklum dengan pengunduran diri aku ini dari memandu sebuah rancangan gosip paling popular di Malaysia ini iaitu MELODI ( haaa, tak payah struggle masuk top5 ABPBH.. hahaha.. ).  Iya, faham.. perlbagai speku ada timbul dan ada yang dah timbul lama sebelum sebarang kenyataan rasmi lagi (sebab tu aku cakap, kuasa media yang maha hebat). Bagus, ini menunjukkan kebanyakkan diantara kita menggunakan kapasiti otak lebih daripada average penggunaan iaitu 20%. 

Jadi dengan ini memudahkan kerja aku lagi. Yakni, tak perlu bicara lebih sebab dah berlebih - lebih pun yang telah dibicarakan. Jujur aku katakan, hati ini telah lama terdetik untuk mengundur. Sebab aku tahu tempat aku bukan di situ. Aku bukan yang boleh memancu kenderaan jenis itu. Aku tidak pernah terfikir untuk mengawal kenderaan itu.

Selama aku berada dalam industri ini, tidak kira besar atau kecil skalanya, segala yang aku buat aku mengikut kemampuan dan kegembiraan aku untuk melakukannya. Dari produksi yang menyediakan segala-galanya untuk aku sehingga ke produksi yang kene beli makanan sendiri, aku tahu aku gembira melakukanya sebab aku lakukan atas kemampuan aku dan kegembiraan hati aku untuk melakukannya.

Memang kadang - kadang, tidak semua yang kita nampak itu indah seperti yang ditayangkan. Aku akui, tidak mudah untuk mengendalikan program itu. Terlalu besar dan berat tanggungjawab yang dicampakkan ke bahu ini. Juga ianya bukan padang aku untuk aku berlegar bermain - main di siu\tu. Padang aku di tempat lain, walau kecil dan buruk,  itu padang aku dan aku gembira dengan padang aku. 

Jadi dengan ini, aku memohon untuk membawa diri dengan cara dan pilihan gaya aku sendiri yang aku tahu dimana kemampuan dan kegembiraan yang akan aku kecapi dengan apa sahaja pilihan yang akan aku buat dimasa akan datang. 

Mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar dan terlebih dan terkurang (seperti yang di katakan aku sangat gedik dan poyo dan macam orang bangang dan macam ntah hapa - hapa dan macam itu dan macam ini... ) 

Pesan aku,jaga diri leklok ehh.. 
Apa pun, AKU SAYANG KORANG SANGAT -SANGAT!!

 Admin harap perkara ini menjadi pengajaran kepada beliau.. dan begitu juga dengan artis2 lain erk.. kata orang tua2 terlajak perahu leh gostan... terlajak perbuatan ahh tanggug lah akibatnya..

Sumber info & Gambar : Blog Dira

Psssttt.. kalau korang suka dengan artikel ni sila lah share..

Michelle Yeoh Di Anugerahkan Datuk Seri..

Siapa lah tak kenal dengan Michelle Yeoh .....pelakon dr Malaysia yang memiliki nama besar di Hollywood.. bahkan lakonan beliau di dalam The Lady memang tidak dapat dinafikan kekuatan lakonan beliau.. Dan sebagai menghargai jasa beliau... 


Datuk Seri Michelle Yeoh\


Bertuah menjadi Michelle Yeoh yang semakin di’iktiraf jasanya dalam membawa nama Malaysia dalam dunia hiburan dunia. Hari ini bersempena dengan Hari Keputeraan Ke 84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Michelle Yeoh telah di’anugerahkan dengan gelaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak. Michelle Yeoh menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri itu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dalam satu majlis istiadat penyampaian anugerah hari ini. Bintang popular itu melahirkan rasa terkejut dengan anugerah yang di’terima & terus terbang dari Bangkok untuk menghadiri istiadat ini selepas menerima khabar dari istana. “Saya sedang menjalani pengambaran di Thailand ketika menerima khabar gembira ini dan teruja untuk menerima’nya tetapi tidak dapat hadir ketika majlis raptai,” ujar Michelle Yeoh

Sumber Gambar & Info : Rotikaya.com

Psssts... kalau anda suka dengan artikel ini..sila lah share..

Elyana diMasukkan ke Wad???

Malam ni banyak sikit nk post.. saba2 satu2 den post ni... 1st semoga Elyana cepat sembuh khabarnya elyana telah dimasukan ke wad 4 hari lalu.. tetapi admin takder info lagi Elyana dimasukkan ke dlm hospital atas sebab apa.. tapi kita layan gambar2  dulu erk.. klu ada info den update lagi..




Sumber Gambar & Info : mediamalaya.com

 Psssttt kalau korang suka dengan artikel ni..sila lah share...

Bekas Wife Sultan Kembali Mengacara..

Semalam.. masa dok sikit2 debat pasal ptptn tu.. adalah iklan rancangan Tv baru 'On Air'. admin dok tgk lah perampuan ni... mcm aku kenal jer.. tp kat mana erk.. peserta ker.. tp mcm dh pro plak admin tengok.. rupa2nya... jeng...jeng,,,

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan
PETALING JAYA – Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.
“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.
Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.
“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.
“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi,” ujarnya.
Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik balik.
Dari kiri; Aznil, Datin Seri Normala Samsudin dan Azrinaz.
Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.
Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.
Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air. (Mstar)

Sumber Gambar & Info admin ceduk dr Mynewshub.my

psssstttt kalau kauorang suka dengan artikel ini..sila lah share..