Seperti yang admin share pada post sebelum ni pasal
status duda suami Irma Hasmie. Akhirnya Irma Hasmie mengeluarkan kenyataan melalui utusan.. meh kita bca sama2...
WANITA yang baru mendirikan rumah tangga ini
hanya tersenyum tatkala persoalan tentang tersebarnya di alam maya
gambar perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan
bekas isterinya itu, dibangkitkan. Tiada riak cuak di wajah wanita
berusia 30 tahun ini atau tindak tanduk kurang menyenangkan sewaktu
mengulas isu yang dianggap 'tiada apa-apa' pada pertemuan sewaktu sesi
penggambaran iklan komersial produk D'Haja di Pulau Indah, Klang
Selangor pagi Isnin lalu.
Malah, pelakon dan pengacara ini juga bersedia untuk menerima apa
juga tanggapan buruk masyarakat tatkala gambar suaminya dengan wanita
bernama Farah Diana itu menjadi perbualan. Apatah lagi di kala
perkahwinannya baru mencecah usia tiga minggu.
"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status
(duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah,
saya memang dah tahu," dedah Irma Hasmie yang kelihatan bersedia
memulai perbincangan mengenai gambar yang mencetuskan tanda tanya selama
ini.
Katanya, dia sudah menjangkakan gambar berkenaan akan menjadi isu
kerana gambar itu sudah dimuat naik di blog pengantin kira-kira dua
tahun lalu. Tetapi dia tak menjangka perkara itu dihebohkan di kala
tempoh bulan madunya.
"Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat bila orang cakap saya
sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu
bukan niat saya.
"Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang
saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja,
malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita
berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.
"Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya
sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan
isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan," ulas duta produk tudung
D'Haja lagi dengan tenang.
Mengajukan persoalan tentang kemungkinan persoalan gambar berkenaan
merebak menjadi besar di kala Irma sedang membiasakan diri memegang
status isteri? Wanita yang berdarah campuran Pakistan dan Cina ini
berkata: "Yang itu saya tak tahu."
Pun begitu, pelakon filem Cinta Fotokopi ini lebih mementingkan perasaan keluarga terutama sebelah mentua yang tidak biasa dengan cerita-cerita gosip sebelum ini.
"Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan
saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam
industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.
"Saya sangat menghormati dan menyayangi keluarga mentua saya, dan
begitu juga sebaliknya. Mereka terima saya seadanya dan saya bersyukur
bila dipertemukan dengan keluarga yang cukup akrab dan saling mengambil
berat antara satu sama lain," katanya lagi.
Mengulas tentang penerimaan suami berhubung kisah lama dibangkitkan, pengacara program Assalamua-laikum di TV AlHijrah ini menarik nafas dalam-dalam sambil berkata;
"Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang
terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa
mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab
lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya tak nak
sentuh langsung," katanya lagi.
Meminta Irma mengulas tentang kehidupannya selepas bergelar isteri mewujudkan garisan senyum di wajah pelakon filem Hooperz
ini. Katanya: "Saya rasa selamat bila ada tempat bergantung. Saya juga
sangat teruja untuk menempuh harian saya sepanjang Ramadan bersama
suami. Kami boleh pergi sembahyang tarawih, dan solat berjemaah
bersama."
Adakah Redza akan menghadkan aktiviti seni Irma? Anak sulung dari tiga beradik ini menafikannya.
"Saya bersyukur kerana suami mempercayai saya dan saling hormat
antara satu sama lain. Dia tidak menghadkan aktiviti seni saya sebab
hubungan kami terjalin atas dasar percaya. Kalau ada kesilapan, saling
tegur menegur tanpa menyakiti hati pasangan," kata Irma yang nekad tidak
mahu melepaskan fadilat Ramadan pada tahun ini.
Sumber info & gambar : http://utusan.com.my
Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk...