Baru2 ni admin ada post luahan bait2 puitis melalui twitter oleh Johan kepada Nabila huda.. bagi admin bagus lah tu kan.. nabila pun dh single.. Johan pun soal agama ada ilmunya.. mudah2an hubungan dorang ni berkekalan.. sebab luahan ni.. nabila telah dihubungi media hiburan untuk penjelasan.. jom kita baca sama2..
Kecoh di laman sosial Twitter berkenaan pengakuan Johan As'ari yang menyatakan rasa sayangnya terhadap Nabila Huda.
MH Online yang menghubungi Nabila sebentar tadi memberikan reaksi berikut;
"Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya.
"Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya."
Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan apa yang terjadi hari ini sesuatu yang cukup besar dan bermakna buatnya.
"Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain 'just go with the flow'. Doakan sahaja hubungan kami menjadi," ungkapnya dalam nada ceria.
Sumber Info & Gambar : http://mediahiburan.karangkraf.com
Jikalau anda suka gambar ini...jangan segan2 untuk Share..
No comments:
Post a Comment