Admin ni... di bulan baik ni ...nk kurang post pasal gado2 ni.. tp tgk semakin keruh.. alahai tidak matangnya dia.. Citer pasal twitter..adalah salah satu media yang kerap digunakan oleh artis2 di Malaysia ni untuk mengupdate status terkini mereka untuk di share dengan peminat.. dan baru dunia maya panas sekejap dengan penyebaran 1 gambar zed zaidi kemalangan... dan membuatkan cerita ini semakin tersebar apabila ia diakui oleh seorang artis melalui akaun twitter beliau..
Admin ambil petikan sedikit kenyataan yang dikeluarkan mamat sepah melalui murai.com ;
"Mengenai status dan foto tersebut, saya hanya copy terus daripada status BlackBerry Mesengger (BBM) yang dihantar seorang artis veteran ke dalam akaun Twitter saya. Saya melakukannya selepas mendapat kesahihan daripada artis tersebut pada lewat malam kelmarin.
"Selepas mengemas kini akaun Twitter saya itu,saya terus tidur dan apabila bangun sahur dan melihat kembali akaun Twitter saya, ramai yang membalas tweet saya itu dan memberitahu bahawa berita itu tidak benar."Saya ada meminta maaf kepada beberapa orang yang membalas Twitter saya di atas berita yang tidak benar itu."Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut," katanya.Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.
Ok di sini lah bermulanya cerita perang twitter antara mamat sepah dengan wartawan bernama hazrey.. admin tidak lah mengenali sangat tapi admin memang selalu mengikuti blog hazrey ni dan admin tau bahasa yang digunakan dlm blog agak sedikit kasar tp berasas.. dia tak kan berckp klu tidak berfakta. dan setelah melihat twiter2 yang diberikan.. admin agak kelakar .. di mana yang memaki tu.. meh jom tengok..
Dan ternyata mamat sepah membuka pekung di dada dengan ayat2 seperti abg besar lagaknya.. alahai.. bukan kah artis perlu menunjukkan sikap yang baik.. bukannya ala2 gangster.. dan bukan kah lagi mengesahkan apa yang wartawan hazrey yang dia tak abis sekolah..
Selepas kekecohan itu, mamat sepah melakukan permohonan maaf.. tetapi...
“Saya dengan ini memohon maaf dengan ikhlas kepada semua rakan rakan Twitter saya atas apa yang saya lakukan – kecuali kepada Hazrey dan rakan seperjuangan beliau,” ujar Mamat Sepah.
Alahai ...dibulan yang mulia ni.. bermaaf2an lah mengakui la kekhilafan diri.. kan..kan.. dan kalau nak tau cerita sebenar boleh lah tengok di blog hazrey sendiri or blog mazidul..
Sumber Info & Gambar : rotikaya.com & murai.com
Jikalau anda suka gambar ini...jangan segan2 untuk Share..
No comments:
Post a Comment