Ads :

Thursday, July 5, 2012

Pelakon Ini Telah Membuat Cubaan Bunuh Diri

Anda mengenali Raja Ilya ??? pernah tonton filem Appalam ?? nama beliau mungkin kurang dikenali tetapi dengan tindakan membunuh diri tu akan membuatkan orang akan mengenali beliau...mungkin tekanan demi tekanan membuatkan beliau kurang kewarasan.. nasihat admin 1 jer ...tak semestinya bf yg kita mesra2an tu akan menjadi suami.. dan kena diingat yang orang kedua tak semestinya mudah menerima apa yang kita buat masa lalunya...so berhati2 lah... 


Raja Ilya
KUALA LUMPUR – Kerana mengalami tekanan yang melampau akibat putus tunang awal tahun lalu, pelakon wanita yang dikenali menerusi filem Appalam, Raja Ilya, 27, hampir membunuh dirinya sendiri.

Punca utama yang membawa kepada putusnya hubungan Raja Ilya dengan bekas tunangnya adalah disebabkan tersebarnya gambar kontroversi bersama seorang lelaki di media.

Dek kerana tersebarnya gambar yang mengundang rasa marah dan malu terhadap bekas tunangnya, Raja Ilya telah memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon kerana menuruti kehendak keluarga bakal mertuanya.

“Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.

“Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu,” kata Raja Ilya yang dipetik dari mStar Online.

Namun, keputusan meninggalkan dunia seni langsung tidak membawa perubahan kepada persepsi bakal keluarga mertua terhadap diri Raja Ilya.

Bekas tunangnya nekad untuk memutuskan tali pertunangan selepas isu gambar itu kerap kali ditimbulkan.

“Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.

Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang,” katanya.

Raja Ilya telah dimasukkan ke hospital hampir dua minggu kerana menghadapi masalah buah pinggang akibat dari tindakannya yang kurang waras itu.

Bagi Raja Ilya, keadaan dirinya ketika ini sudah kembali pulih dan sedang mencuba membersihkan namanya semula serta meningkatkan prestasi kerjayanya supaya lebih dikenali umum

Korang mesti tertanya2 kan gambar mcm mana yang menjadi kemarahan bekas tunang Raja  Ilya ni.. meh admin share.. bukan nk membuka aib tetapi sebagai pengajaran kepada semua agar  menjaga kehormatan diri terutama dalam perhubungan kekasih ni... kan...kan...



sumber gambar & Info  : Kakibising.com & mforum.cari.com.my

Jika anda suka artikel ini...jangan segan2 untuk share...

No comments:

Post a Comment