Ads :

Tuesday, July 10, 2012

Sasha Elite Sah Becerai Talak Satu

Kita dihidangkan dengan berita-berita gembira , terutama perkahwinan yang gemilang irma hasmie dan bertemu jodohnya penyanyi ratu rock Malaysia Ella pada usia 46 tahun.. tetapi kedengaran pulak berita peceriaan.. alahai... jom lah kita tengok.. siapa artis yang becerai ni...




KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.
Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.
Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.
Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.


Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.
Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling sesuai buat mereka.
"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.
Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.
Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

Sumber gambar & info : mstar online
Psssttt .. kalau anda suka artikel ni ...jangan segan2 utk share...

No comments:

Post a Comment