Ruang lingkup dunia lakonan di Malaysia ni agak sempit pada pandangan admin lah. Tetapi pelakon baru tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kalau tidak betul2 berbakat cepat lah timbul cepatlah tenggelam. Dan masalah kekuarangan tawaran lakonan ni bukan sahaja di alami pelakon baru tetapi pelakon lama pun mengalamai masalah yang sama.. meh lah kita baca keluhan pelakon berbakat ni yang terpaksa menanggung keluarga setelah suaminya kurang mendapat tawaran...
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahira mengakui menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan suaminya, Zulkifli Azhari, 38, tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.
Shahira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bagaimanapun berkata, dia tidak kisah dengan hal itu memandangkan suaminya mengambil tugas menguruskan rumah tangga mereka.
"Nak buat macam mana, pelakon lelaki semakin ramai, dah semestinya para penerbit memilih muka-muka baru untuk karya terbitan mereka. Mungkin kerana itu Ijoy sudah tidak lagi mendapat tawaran berlakon.
"Dan memandangkan saya pula mendapat rezeki lebih dengan tawaran berlakon serta mengacara yang datang bertubi-tubi, apa salahnya saya bekerja selagi diperlukan?
"Lagipun, kami tahu tanggungjawab masing-masing, dan saling membantu dalam setiap perkara," katanya.
Tambah Shahira, walaupun menanggung perbelanjaan keluarga, dia masih lagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam keluarganya itu.
"Walaupun sibuk bekerja, tidak bermakna saya boleh buat sesuatu perkara sesuka hati. Saya masih lagi menghormati Ijoy sebagai suami dan memasak buat seisi keluarga jika ada kelapangan," tuturnya.
Ditanya pernahkah dia dikritik gara-gara suaminya tidak bekerja, Shahira lebih senang bersikap tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilemparkan.
Malah, dia juga tidak membaca sebarang berita berunsur gosip terutamanya dalam pelbagai laman sosial di internet.
"Saya mengambil sikap tidak mengendahkan gosip-gosip atau kata-kata fitnah yang dilemparkan agar tidak timbul sebarang masalah dalam keluarga.
"Lagipun saya pun tidak mahu bercakap besar kerana kita tidak tahu perkara yang bakal terjadi pada masa akan datang nanti.
"Apa yang saya harapkan ialah agar kami sekeluarga bahagia sehingga akhir hayat, Insya-Allah," ujarnya.
Shahira dan Ijoy telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch' suatu ketika dahulu.
Hasil dari perkahwinan itu kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3.
Mengenai perkembangan terbaru, Shahira bakal muncul menerusi program Jom Berbuka (musim ketiga) yang akan disiarkan pada bulan Ramadan ini setiap Sabtu dan Ahad pukul 6.30 petang menerusi saluran TV9.
Sumber gambar & info : mstar.com.my
pssstttt... kalau anda suka dengan artikel ni ...sila lah share,..
pssstttt... kalau anda suka dengan artikel ni ...sila lah share,..
No comments:
Post a Comment