Ads :

Thursday, June 21, 2012

Seorang Lagi Dewi Remaja Buat Hal???

Nampaknya sekarang ni musim cerita hot untuk bekas2 dewi remaja kot.. sebab seorang lagi artis dari kelahiran Dewi Remaja telah kedengaran sok sek .. yang kurang enak iaitu tidak berdisiplin.. 

Kenal Izara Aishah?? ingat ingat lupa...  meh admin share kan biodatanya.. 


Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah,Masih membara cintaku,cikaro, Sofiya dan Jiwa Lara
Telefilem: Hantu Gigi

Sekolah : SK Seafield 3, Sk Bukit Indah, SMK Cochrane, SMK Seri HartamasTwitter : @izaraAishah

Dah ingat?? Apa yang admin dengar2 ramai wartawan mengeluh akan perangai Izara yang semakin hari semakin kurang disiplin ... meh admin share kan.. luahan hati seorang wartawan ni...



"Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampaikan naik muak.

"Bukan sahaja pihak produksi yang merungut dengan perangai dia tetapi beberapa wartawan yang ada pun geleng kepala dengan sikap Izara yang semakin lama semakin menjadi-jadi tu.

"Dengar cerita lagi bukan itu kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah.

"Kalau rasa tak tahu jalan tu, kenapa tak google maps awal-awal? Dalam beberapa program pelancaran pun mesti dia lewat dengan alasan yang sama. Nampak sangat tak berdisiplin orang baru macam dia ni," rungut wartawan. -Utusan

Alahai... kalau lah betul apa yang dikatakn oleh wartawan tersebut.. bakat banyak pun dik.. cepat gak terkubur kerjaya tu.. bukti dh ada.. tengok jer artis2 yg memang berdisiplin tu... tak yah tengok jauh sampai ke hollywood sna.. fasha sandha (admin bukan lah peminat k) ..  banyak juga sok sek yang kurang enak ttg beliau tp sampai sekarang masih bertahan..sebabnya dia sangat2 berdisiplin dalam kerja...

Sumber info & gambar  :Izyan.com

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk..


No comments:

Post a Comment