Ads :

Sunday, June 24, 2012

Bila Artis Masuk Politik???

Artis ni pun manusia biasa... mereka bercinta..berkeluarga dan berpolitik... cuma bezanya mereka dengan kita2 semua.. bila mereka menyertai mana2 parti.. dan mereka secara terbuka mengistiharkannya maka itu akan jadi berbeza... bagi admin.. kita kena profesional dan artis tu sendiri kena profesional juga.. kena sedar peminat mereka juga mempunyai pemahaman poltik yg berbeza.. sokong boleh tapi jangan provoke bak pepatah melayu ' sarang tebuan jgn dijolok...' .. ok back to point.. admin sebenarnya takder masalah dengan  cerita sebegini... adat lah tu kan..meh admin share..

Hairie-Othman-Antara-Selebriti-Terbaru-Sertai-Pas
Hairie Othman Antara Selebriti Terbaru Sertai Pas. Fuh, makin ramai artis kita dah menyertai Parti Angkatan Rakyat (PAS). Terbaru, Hairi Othman kini menjadi antara selebriti terbaru yang telah menyertai parti PAS.
Hairie dilaporkan telah menyertai Pas apabila muncul berceramah di pentas PAS di Kg Seri Jaya, Batu Gajah, Perak semalam. Beliau dilaporkan akan membawa borang menyertai Pas pada satu majlis yang akan diadakan pada 6 Julai nanti.
Dalam pada itu, antara selebriti lain yang akan mengikut jejak langkah Hairie nanti pada 6 Julai ialah Leman Raja Lawak dan Zulkifly Ismail (pelakon Gerak Khas).
Selebriti terkenal sebelum ini yang telah menyertai Pas dan PKR ialah Aishah, Bob Lokman dan Dayangku Intan.
“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya untuk masuk ke dalam perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri, Ramai artis yang menyokong BN hanya untuk mencari ‘makan’ dan meneruskan karjaya di dalam bidang hiburan” - Hairie Othman
Hairie juga dilaporkan membidas tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS hanya semata-mata bermotif politik.
“Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?. “Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah.”
Hairie turut berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan dan mengambil risiko di atas pendekatan terbaru beliau ini, katanya;
Hairie dikatakan akan turut bersama dalam membantu dalam misi menawan Putrajaya dan sanggup untuk turun ke seluruh negara dalam misi membantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat, ujar beliau.

Cuma silap beliau adalah ini ...


Kalau nak sokong ...sokong lah ... tanpa perlu provoke mana2 parti atau individu.... baru lah perjuangan itu menjadi cantik..

Sumber info & gambar  : budiey.com & Page FB

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk...

No comments:

Post a Comment