Ads :

Monday, June 11, 2012

Mana Nak TumpahNya Kuah??

Kata orang mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Datuk Yusof Haslam rasanya dh cukup bangga dengan kejayaan anaknya Syamsul tetapi kini adik syamsul pn nak masuk gelanggan filem juga. Syafiq Yusof mungkin muda pada umurnya tetapi admin rasa dengan darah yang mengalir sesuatu yang hebat bakal berlaku.. dan ternyata telahan admin tak salah..

Dia adalah pengarah termuda, ketika beliau mengarahkan filem pertamanya SAM (Saya Amat Mencintaimu) beliau baru berusia 18tahun.. iks...iks.. muda2.. dari trailer yang admin tengok genre yang dibawakan oleh Syafiq ada perbezaan dengan abg nya.. filem yang beliau arahkan ni sering admin tonton bagi filem2 barat.. sesuatu yang santai pada awalnya.. semakin berat plotnya bila semkin hampir ke klimaks ... (pendapat admin)

Kalau korang tak caya meh kita tengok trailer nyer .. (kawan den suka citer mcm ni.) :

Sedikit info pasal movie ni :

SAM yang di’bintangi Shaheizy Sam & Lisa Surihani sebagai teraju utama merupakan sebuah filem romantic psychological thriller yang bakal ke pawagam pada 19 Ogos 2012 bersamaan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Turut di’bintangi oleh Azad Jazmin, Neelofa, Adam Shah.
Amacam nampak macam bestkan.. ni yang den tak sabar nak tengok... apa2 pun tahniah lah admin ucapkan , generasi sebegini lah yang kita perlukan sebagai pelapis pengarahan filem Malaysia..  Oh ya sikit gambar yang admin google..kot2 lah ada yang tak kenal lagi wajah adik syamsul ni kan..


 

Sumber info & gambar  :Rotikaya.com & Google

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk..

No comments:

Post a Comment