Begini lah kehidupan... ni ibarat lempar batu sembunyi tangan.. bila dah kecoh terus lah kata 'off record' ..ops.. lupa lak nk explain ..
Admin rasa..korang mesti masih ingat post yang admin keluarkan pasal pergadoan anatra Anzalna dengan Neelofa dan tetiba Hans Isaac tetiba muncul jadik hero membela Neelofa.. Anzalna ni masih hijau dalam dunia artis ni.. bila dh yang seorang siap pasang lawyer ...dia pun panik.. maka keluar lah cerita yg konon nyer kenyataan tu septutnya 'off record' ... Admin bukan lah nak menangkan sesapa.. wartawam kat Malaysia ni masih profesional.. tambahan plak klu wartawan 'org lama' ni..
Bagi admin tak perlu lah nak masuk mahkamah..buang masa..buang duit..buang tenaga.. dunia artis kat Malaysia ni kecik jer... pusing2 muka tu juga... Nasihat admin sebelum bercakap pandang2lah dulu.. pikir banyak kali.. yelah terlajak perahu.. takder gear reverse tau...
Meh lah admin share lak kenyataan balas dari wartawan Zubir ;
Baca entri ini selanjutnya untuk mengikuti soal jawab mStar Online dengan Zubir berhubung kes itu.Anzalna mendakwa dia melarang anda menerbitkan luahan peribadinya tetapi anda tetap menyiarkan artikel itu pada Ahad lalu. Kenapa?
Tidak timbul isu… saya tetap menerbitkan artikel itu kerana ia mendapat persetujuan bersama.
Saya sudah mengingatkan dia luahan mengenai Neelofa boleh menyebabkan dia didakwa sebagai fitnah namun Anzalna bertegas kononnya dia mempunyai bukti terhadap kenyataan yang dikeluarkan.
Sebagai wartawan, saya hanya melaporkan apa yang diluahkan Anzalna. Mengenai dakwaan saya memaksa dia untuk mendapatkan kenyataan itu adalah tidak tepat kerana saya hanya memujuk dan dia bersetuju untuk meluahkan perkara itu.
2) Tidakkah dakwaan yang ditimbulkan Anzalna akan menjejaskan kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan?
Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan dakwaan artis kononnya saya tidak melaporkan fakta secara beretika. Dalam apa juga kontroversi artis yang berlaku, artis memang mudah alpa dengan apa yang mereka luahkan kepada wartawan. Apabila kes menjadi kronik, mereka menyalahkan wartawan pula.
Artis seperti Anzalna masih baru dan mungkin disebabkan oleh tekanan dihadapinya dia terlepas cakap kepada blog tersebut dan menuduh saya memaksa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Ia adalah proses pembelajaran untuk artis baru seperti Anzalna agar lebih berhati-hati dalam kenyataan yang dikeluarkan. Hakikatnya, hubungan saya dan dia tiada masalah kerana kami baru saja berhubung menerusi telefon.
Dakwaan itu tidak menjejaskan reputasi dan tidak menjadi kudis pun. Saya menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak melanggarnya. Semua perbualan bersama dirakamkan sebagai bukti.
3) Adakah anda bimbang jika kepercayaan artis terhadap anda terhakis gara-gara kes ini?
Tiada apa yang perlu saya bimbangkan kerana saya melaporkan cerita mengikut fakta dan bukan ditokok-tambah. Selama ini segala sumber dan kandungan cerita yang disampaikan adalah sahih dan mempunyai bukti, bukan direka-reka untuk menjadikan ia sensasi.
Perbalahan di antara artis adalah perkara lumrah dalam dunia hiburan. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Semoga Anzalna dan Neelofa dapat berbincang dengan baik dan profesional di luar dan tidak perlu dibawa sampai ke mahkamah.
4) Apa komen anda mengenai ‘kemunculan’ aktor dan penerbit Hans Isaac dalam krisis itu sehingga bertindak untuk mengajak anda berdebat mengenai etika kewartawanan?
Saya berasa pelik dengan tindakan Hans yang mengajak saya berdebat susulan krisis antara Neelofa dan Anzalna.
Walhal, saya hanya wartawan yang melaporkan perkara, bukan orang berkepentingan atau ahli politik. Saya hairan kenapa dia harus campur tangan sedangkan dia tiada kena-mengena dalam kes itu.
Hans berkata sebagai penerbit dia mahu mempertahankan hak aktres yang bekerja di bawah produksinya padahal Neelofa sudah bekerja dengan banyak produksi lain sebelum ini.
Penerbit dan pengarah Aziz M. Osman untuk filem Azura 2012, KRU untuk King Kapchai dan beberapa lagi tetapi tidak pernah tampil membela Neelofa dalam kes-kes kontroversi sebelum ini jadi mengapa pula dia harus bertindak sehingga mahu mengajak saya berdebat pula?
Saya hormati pandangan Hans berkenaan isu ini dalam laman Twitter miliknya. Dia ada persepsi sendiri untuk menangani kes tersebut tetapi saya mahu jelaskan saya tidak layak untuk berdebat dengan artis berpengalaman sepertinya untuk kes seperti ini.
No comments:
Post a Comment