Ads :

Monday, June 18, 2012

Anzalna Sahut Cabaran Neelofa.. Tasha Shilla Tak Mahu Ikut Campur..??

Admin sangkakan pergaduhan antara Anzalna Nasir dan Neelofa akan reda.. tetapi nampak gayanya bertambah panas apabila melalui BiPop Anzalna telah menyahut cabaran Neelofa untuk mengemukakan semua bukti..

Ternyata Tasha Shilla telah mengambil tindakan yang bijak apabila telah menyatakan pendirian tidak akan menyaman Neelofa, bahkan tidak ikut campur dengan perbalahan di antara Anzalna & Neelofa ;

tasha
Kata Tasha Shilla:-
Industri hiburan kita kecil saja, sekiranya membabitkan sebarang tindakan perundangan, ia akan menyulitkan kerja kita pada masa akan datang. Saya tak berniat untuk ambil tindakan undang-undang ke atasnya. Saya juga tidak mahu menyimpan perasaan dengki mahupun busuk hati kepada individu lain. Saya sudah memberikan kenyataan kepada BiPop pada 27 Mei lalu dan itu adalah kenyatan terakhir saya. Jadi, saya tidak mahu mengulas apa-apa lagi.
Saya tidak mahu masuk campur mengenai perbalahan yang berlaku antara Anzalna dengan Neelofa. Bagaimanapun, saya berharap mereka berdua dpat menyelesaikan masalah secara aman, tak perlu nak diperbesarkan sampai ke peringkat mahkamah
 Memang betul apa yang di kata, industri hiburan kat Malaysia kecik sahaja.. buat apa lah bermasam muka .. hal sebegini lah yang akan menutup periuk nasi...

Ok kita sambung lagi pasal Anzalna... admin copy n paste kenyataan yang dikeluarkan oleh beautifulnara.com;

anzalna bukti
Menerusi BiPop semalam, Anzalna akhirnya menyahut cabaran Neelofa untuk mengemukakan bukti atas segala dakwaan yang telah dikatakan sebelum ini. Untuk makluman, Neelofa di dalam sidang media yang diadakan telah menghantar notis tuntutan supaya Anzalna menunjukkan bukti yang Neelofa mereka Facebook Page “Kami Benci Anzalna” dan tulisan menghina Anzalna di Facebook keluarga Neelofa.
Anzalna yang ditemuramah oleh Zubir berkata:-
Kini, saya perlu bekerjasama dengan SKMM untuk menemui penjelasan dan memperkukuhkan bukti berhubung semua dakwaan saya terhadap Lofa tempoh hari. Bagi saya, apa yang didedahkan menerusi BiPop tempoh hari adalah cerita betul, saya ada bukti. Cuma, beri saya waktu, insya-Allah dengan kerjasama SKMM akan memudahkan lagi proses penemuan bukti FB yang diminta pihak Lofa.
Abang Nara agak pelik sebab sebelum ini rasanya Anzalna kata ada “print screen” semua bukti-bukti yang telah didedahkan. Secara jujur Abang Nara rasa memang agak sukar untuk mendapatkan identiti pihak yang mereka Facebook Page tertentu. Kata Anzalna lagi:-
Saya akan sahut tuntutan mahupun cabaran pihak Lofa supaya saya memberi penjelasan, sekali gus menampilkan bukti yang diminta. Mudah-mudahan dengan kerjama SKMM segala bukti yang sudah dihilangkan mampu dikembalikan. Saya yakin dengan kemampuan SKMM dalam menangani masalah ini. Saya akan minta peguam untuk menghubungi SKMM supaya penjelasan bukti yang mereka(pihak Lofa) tuntut mampu diberikan dalam jangk masa yang ditetapkan. Saya akan berusaha sehingga bukti itu ditampilkan.

Pandangan admin ...kalau baru sekarang nk korek bukti..alahai  memang lah susah.. admin bukan lah pakar dlm hal sebegini tapi bagi admin secara logiknya apa pun bukti kalau ia baru nk dikorek setelah sekian lama ia berlaku... bukan tidak boleh.. tapi agak sukar.. seharusnya bila ia terjadi... kita dh syak seseorng segala perbuatan.. segala kenyataan perlu lah di capture @ print screen.. Bukan lah nak mempertikaikan kemampuan SKMM, admin percaya SKMM memang memiliki pakar IT  tetapi untuk mendapatkan info pembuat page FB pastinya sukar..kerana ia boleh di create di mana2 sahaja.. dan kalau yg membuat tu tahu pasal IT pasti ada fake IP akan dicipta.. paling kurang pun dia melakukannya di CC.. Bagi admin daripada mereka membuang masa lebih baik lah mereka2 ni memikirkan macam mana nak majukkn industri hiburan Malaysia ..kan...kan....

Sumber info & gambar  :Beutifulnara.com

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk..

No comments:

Post a Comment