Ads :

Saturday, June 30, 2012

Suasana Pernikahan Irma Hasmie

admin bertambah busy sekarang ni..selepas bengkel adik plak masuk hospital so masa nak update agak terbatas..  ok lah tempohari admin ada post pasal pertunangan Irma Hasmie di SINI.. alhamdulilah pada 29 Jun 2012 dengan sekali lafaz Irma sah menjadi isteri kepada Reza Syah Azmee. meh admin kongsikan suasana pernikahan mereka...


PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan pengacara, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan menyifatkan kehadiran isterinya itu diumpamakan kurniaan Allah yang begitu istimewa.
Redza, 31, berkata, dia sangat bersyukur telah dipertemukan dengan Irma, 30, di kota Mekah ketika menunaikan umrah lalu dan yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat.
"Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah.
"Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.
"Alhamdulillahlah perjalanan untuk ke alam perkahwinan ini dipermudahkan," ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, Jumaat.
Irma dan Redza telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz.
Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Redza Syah Azmeer menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Irma.
Dalam pada itu, Irma ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan perkahwinan tersebut dan tidak sabar untuk memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurut Irma, sifat Redza yang bertanggungjawab, jujur dan penuh dengan kasih sayang telah membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki itu.
"Seperti mana kata suami, ketika di Mekah semuanya kelihatan mudah dan pintu hati saya benar-benar terbuka untuk menerima suami," katanya.
Tambah Irma, dia akan memastikan jadual kerjanya selepas ini akan lebih teratur supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan tersebut memberitahu amat gembira jika Allah mengurniakan cahaya mata dengan cepat untuk mereka.
Dalam perkembangan lain, Irma berkata mereka masih belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka dan berharap dapat mengerjakan haji atau umrah bersama-sama sebagai suami isteri.
Redza yang bertugas sebagai Pengurus Akaun di Terrapixel Sdn Bhd berkata, dia tidak akan menghalang karier Irma asalkan dia tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri.
"Tiada apa yang akan berubah kerana saya izinkan isteri untuk terus dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara dan yakin di tahu batasan yang perlu dijaga,” jelasnya yang mengendalikan syarikat berkenaan bersama keluarga.

Admin nak share gambar2 pernikahan  :









Psssttt.... siapa kata bertudung dan berkain labuh tak cantik kalau dalam kahwin.. kan..kan cantik juga kan..



Sumber info & gambar  :mstar online & Rotikaya.com

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk..

No comments:

Post a Comment