Ads :

Tuesday, June 19, 2012

Bekas Pelajar AF5 Rahsiakan Pertunangan???

Masih kah kauorang ingat ... Rizal AF5??  Mungkin ramai yang dah lupa.. bukan admin nak merendah2kan artis yang lahir dari program realiti ni...mudah sangat tenggelam kalau tidak kuat usahanya.. Dan ternyata rizal adalah anatara yang mengalami perjalanan sukar apabila berdepan kesempitan hidup selepas keluar daripada program tersebut.. yelah bukan senang nak jadi artis ni. .. khabarnya c rizal ni selepas keluar dr AF telah membawa diri ke Manjung Perak, telah membuka gerai burger selama 2 tahun tapi terpaksa gulung tikar.. kembali semula ke KL untuk cuba buat single album kena tipu lak.. sian plak mendengarnya,, kan..kan.. tetapi kalau dengan usaha yang beterusnan semua boleh jadi.. selepas itu beliau telah mendapat tawaran berlakon drama 13 episod 'cinta ku di mukah', memang sesuai lah dia pun orang sarawak.





Setelah sekian lama senyap..rizal muncul dengan berita yang mengembirakan  apabila telah bertunang dengan pilihan hatinya yang telah menyulam cinta selama 4 tahun.. meh lah admin share kan...


Rizal dan Maria bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2013

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai percintaan bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub, 25, dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan telah bertunang pada 26 Mac lalu.
Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.
"Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.

  Maria (tengah) adalah cinta sejati Rizal.

"Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Rizal dan Maria, 30, bertunang dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.
Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.
Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.

Majlis pertunangan Rizal dan Maria diadakan secara sederhana pada Mac lalu. Foto ihsan daripada Rizal.

"Walaupun jarak masa majlis pernikahan kami masih jauh, saya sudah dapat merasai debarannya dan tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami.
"Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.
"Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar," tuturnya.

Sumber info & gambar  :Mstar Online

Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk..


No comments:

Post a Comment