Tetapi pada tahun 2010, nama zack salah seorang ahli New Boyz mula mendapat perhatian apabila keluar berita tentang seorang artis berkumpulan berusia awal 20-an di’serbu bersama bungkusan dadah hampir satu kilogram. Zack menjadi suspek apabila beliau kelihatan dapat hidup dengan mewah..
Meh Admin share apa yang rotikaya.com pernah keluarkan pada tahun 2010, saja nk bagi refresh ;
Setelah 2 tahun berlalu , cerita ini mula panas kembali ;
Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.Macam tidak percaya namun ada beberapa sumber yang mengesahkan artis yang di’sebut dalam akhbar hari ini adalah Zack New Boyz.Harian Metro hari ini melaporkan yang seorang artis berkumpulan berusia awal 20-an di’serbu bersama bungkusan dadah hampir satu kilogram.Turut menemani artis itu dalam kondominium Suria Damansara adalah tiga orang gadis muda yang bersikap biadap terhadap pegawai polis yang melakukan serbuan.Artis ini di’dakwa memiliki 2 buah kereta sport hasil jualan dadah ini & kebetulan Zack New Boyz memiliki sebuah Mitsubishi Lancer GT yang sebenarnya pada kami belum jatuh dalam kategori sport.Zack New Boyz juga di’katakan tinggal bersama keluarga beliau di’sebuah kondominium lima bintang di Kuala Lumpur & mampu memberikan modal kepada isteri beliau untuk membuka saloon sendiri.Menurut sumber orang awam, dua ‘kakitangan’ Zack New Boyz sebelum ini pernah di’tangkap pihak polis tetapi artis suam-suam kuku ini masih bernasib baik.Kita tunggu sahaja kes ini masuk mahkamah untuk tahu jika benar atau tidak Zack New Boyz adalah orang yang di’maksudkan.
Jika bersalah. Ura ura mengatakan Zack New Boyz menjalani hidup serba mewah hasil menjual ganja mula mendapat perhatian awal tahun 2010 yang lalu & kami ada menulis tentang khabar angin tersebut.
Laporan terbaru oleh Harian Metro hari ini
mengesahkan yang Zack New Boyz telah di’dakwa di Mahkamah Tinggi Shah
Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah
kondominium di Damansara dua tahun lalu & bakal berdepan hukuman
mati.
Zack New Boyz atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain
Isagani berusia 32 tahun di’dakwa melakukan kesalahan itu pada 26
Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut
Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bapa kepada dua anak ini di’tahan reman sejak di’tangkap pada tarikh
yang di’dakwa & Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan
selama lima hari mulai 24 September 2012
Admin harap ni akan menjadi pedoman d luar sana yg baru ada niat nak jadik dealer pikir2 lah tak kan ada peluang kedua kalau dh tertangkap... kan..ingat2 lah orang tersayang.
Sumber info & gambar : rotikaya.com
Psstt : kalau anda suka artikel ni jangan malu2 nk share erk...
No comments:
Post a Comment