Ads :

Tuesday, April 17, 2012

Sekitar Majlis Perkhawin Natasha Hudson

Natasha Hudson telah selamat bernikah dengan Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Tahniah lah dan semoga perkahwinan ini berkekalan... amin.. meh admin nak share info yg admin amik kat mstar..

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.
Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.
"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.
Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .
Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
"Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.
"Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.
Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.
Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin


Sama padan kan dorng.. admin nak share gak gambar2 perkahwinan mereka, sumber foto beautifulnara.com ;



 

No comments:

Post a Comment