Kata orang bila bercinta.. kentut pn kata wangi.. bila dah tak sehaluan.. yg indah suma jadik kenangan terburuk.. takder yg pelik.. tu lah sifat segelintir manusia.. dan bila ia sorg artis lagi lah haru.. cerita mereka menjadi muka depan akhbar.. dan yang terkini masalah rumah tangga Rita Rudaini...media menjadi medan meluah dan saling menuduh...
Admin tak nak menuduh sesiapa.. klu boleh selesaikan lah secara bijak.. tunaikan tanggungjawap sebagai bapa.. meh lah admin share apa yang kuar kat BiPop... artikel dibuat oleh Raja Nurfatimah Mawar;
Apabila hati disiat-siat, tiada lagi kebaikan yang kita nampak. Gelora pelakon cantik, Rita Rudaini Mokhtar menghadapi krisis rumah tangga bersama suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bagaikan gelombang tsunami. Seorang kata begitu, seorang kata begini.Tapi Rita bengang dengan kenyataan Aidil yang didakwanya banyak berbohong, banyak bermuka-muka. Rita juga sedih dengan kenyataan Aidil dalam sebuah program TV minggu lalu. Aidil kononnya tidak mahu mengaib dan memburukkan Rita.“Apa maksud Aidil, buruk sangat tingkah laku saya sehingga memaksanya bertindak meninggalkan keluarga? Kalau Aidil nak tahu, saya lagi rasa aib dengan tindakannya meninggalkan saya dan anak-anak! Kami bagaikan tiada harga langsung buatnya”.“Saya nak tanya Aidil, apa perkara yang mengaibkan sangat? Saya cabar Aidil dedahkan. Saya tidak takut, saya dan anak-anak adalah orang yang teraniaya.”Hakikatnya, Aidil banyak menipu dalam kenyataan sama ada dalam program TV atau di dada akhbar dan majalah. Sudah-sudahlah menipu Aidil. Ingatlah, Tuhan tahu pembohongannya itu. Saya hairan mengenai Aidil. Dulu dia tidak pandai berbohong. Tapi, hari ini, saya lihat sisi lain pada diri Aidil. Percakapannya banyak menipu dan propa! Orang luar pun dapat menilai ketelusan hatinya.“Konon terlalu merindui anak, siang malam teringatkan anak dan menafikan abaikan tanggungjawab, tapi sudah masuk lima bulan meninggalkan saya bersama Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Qaqa Arjuna, 1, berapa dihulurnya?”Kalau SMS pun tanya anak but apa? Bukannya nak tanya susu anak masih ada ke, makanan anak cukup ke? Sejuk sikit hati saya kerana masih ada sifat tanggungjawab. Ini tidak, nafi abaikan tanggungjawab, tapi keperluan anak tidak pernah tanya pun. Itu yang dibilangnya masih waras?”“Siapa pun boleh tanya anak buat apa, bukan kena duit pun. Saya ingat lagi kenyataan Aidil dalam program TV berkenaan, ‘tanya khabar anak, itupun sudah cukup’. Saya pegang kata-kata Aidil, cukuplah sekadar bertanya khabar. Selepas ini, jangan pula timbul cerita lain, nak ambil anak atau nak bawa mereka bermalam.“Bagi saya, jika Aidil seorang lelaki gentleman dia akan melafazkan talak dalam rumah. Tapi apabila suami meninggalkan saya dan anak-anak begini, abai nafkah zahir dan batin, dia bukan lelaki sejati. Buruk baik, Aidil tidak sepatutnya meninggalkan rumah tangganya.”“Saya reda dan boleh terima jika Aidil merasakan kami sudah tidak sehaluan dan mengajak saya ke pejabat agama tanpa dia meninggalkan rumah. Kalau talak di tangan saya, mungkin sudah seribukan sudah jatuh talak dengan perangai seumpama ini.”“Nak bercerai biarlah secara elok, bukan lari seperti perompak. Kalau tiada anak, tidak mengapa, ini ada empat biji mata di rumah. Kasihanlah anak-anak saya!” kata Rita.
No comments:
Post a Comment