Ads :

Tuesday, April 17, 2012

Dira Menafikan Beliau lah Pengacara Yang Minum Bahan Peluntur

Admin baru saja post pasal bekas seorang pengacara gosip telah meminum bahan peluntur , klu lum baca leh baca kat SINI.

Dan ramai yg menjangkaan ia adalah Dira Abu Zahar.. dan pihak murai.com telah mengeluarkan penafian Dira yang pelaku tersebut adalah beliau.. Admin share kan apa yg kenyataan dira di murai... Pandangan admin.. tuhan sja lah yang tau...

Dira Diserang Tekanan Darah Rendah, Gastrik


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2012: Pengacara dan pelakon sensasi, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menafikan bahawa dia adalah pengacara yang dimaksudkan telah meminum peluntur akibat tertekan dan digegaskan ke hospital semalam.
Sebaliknya, menerusi kiriman SMS kepada portal murai.com.my sebentar tadi, pengacara Melodi itu menulis, dia telah mengalami tekanan darah rendah dan sakit gastric yang telah menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
Dira juga memberi tahu murai.com.my, bahawa keadaannya kini semakin pulih dan menganggap apa yang dilaporkan dan diberitahu kepada pihak umum baru-baru ini adalah khabar angin semata-mata serta tidak ada kait-mengait dengan dirinya.
Laporan dari sebuah blog hiburan memberi tahu, bahawa seorang bekas pengacara sebuah rancangan gosip yang bergelar pelakon telah digegaskan ke sebuah hospital kerana khabarnya dia telah mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.
Seperti mana yang diharapkan blog berkenaan agar berita itu tidak benar, nampaknya pengakuan Dira ini adalah jawapan untuk merungkaikan persoalan bahawa dia bukanlah pengacara yang dimaksudkan itu.
Portal murai.com.my mendoakan agar Dira sentiasa kuat berhadapan dengan situasi seperti ini kerana inilah yang dinamakan rencah hidup di dalam dunia seni hiburan. Semoga Dira cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment