Ads :

Wednesday, April 25, 2012

Nora Danish tak dapat jemputan..

Seperti yang kita tau.. fasha dan kekasih hatinya akan berkahwin tak lama lagik..kita yang suka mengikuti perkembangaan artis ni.. mesti tertanya dengan penerimaan nora danish kan,,kan,,.. yelah mesti kita pernah ingat perang dingin antara dengan fasha dulu.. dan pihak gua.com telah mengajukan beberapa pertanyaan kepada nora danish..meh admin copy n paste jawapan beliau..

Walaupun tidak dapat hadir, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin. Kata Nora:-
Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari. Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.
Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya, Nora Danish berkata:-
Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya ‘aunty’ saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang.
Dan Nora sempat membuat sedikit lawak ketika memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha dan Jejai.
Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment