Ads :

Saturday, March 31, 2012

Zizan Dah Dapat Kekasih Baru.... Gempak

Sapa lah tidak kenal zizan ...keletehnya sentiasa mencuit anak perut..  admin dapat tau zizan dh tukar keta dulu zizan guna Subaru Impreza WRX STI. (pergh subaru tu) skarang kasih zizan dh beralih arah ke Mitsubishi Evo 10 (yeasshhh admin suka Mitsubishi Evo 10 cuma tak mampu nk beli jer haha takper c merah ku sudh cukup)

Alhamdulilah .... tanda nya rezeki semkin lebih... tahniah pada zizan.. keta dh baru.. bila lak nasi minyak ni..
Sumber : Notainfo.com






Fouziah Gous Bercinta dengan....???

Blog2 mula mengeluarkan tentang pengesahan Fouziah Gous yg sedang intim dengan duda yg berstatus datuk seri... Fouziah Gous enggan mengulas panjang tentang perhubungan mereka berdua cuma beliau memberitahu hubungan tersebut baru berlangsung berapa bulan dan telah di lamar oleh datuk tersebut.

hasil dari risikan bloger ... kemungkinan org yg dimaksudkan adalah bekas CEO Media Prima yang kini berkhidmat untuk siaran televisyen milik kerajaan  ... dah tau.. dah leh agakk... hehe meh aku bagi gambar... sumber :mediamalaya.com

tadaaaaa,,, kenal?

Friday, March 30, 2012

SAH.. Lagu Bawa Ku Pergi DiHaramkan

Ingt tak dulu admin pernah bangkit kan isu lagu 'bawa ku pergi' , nk baca leh klik SINI Akhirnya lagu di haramkan .. aku copy n paste luahan rasa Malique penulis lirik lagu ni..


Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak *****, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

- Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI

Admin minat ngn malique... bagi admin dia antara pemuzik yg sgt berbakat.. admin paham msti bengang lagu di haramkan.. tp dia kena terima gak pandangan org.. klu betul pn lagu ini di tujukan utk wife nyer.. cerita pasal impian mereka tp lirik tu sediri tak sampai maksudnya..

tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Lirik tu ... kenapa perlu mcm tu??muzik tu bukan utk telinga jer tp bila dihayati leh jadik pengajaran.. dia perlu ingt yg dgr lagu2 dia bukan nyer suma matang..

 mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Klu betul lagu ni luahan ati utk isteri nya ..napa perlu ada ayat mcm nk lari dr umah tu//tak der pintu ker smpi nk terjun dr lonteng??

 tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

cuma lirik ni jer lah aku rasa sampai maksud malique tu pasal diaa ngn wife tu.. maafkan admin ni cuma pandangan peribadi ...mgkin admin bukan lah seorg yg jauh perjalanan melihat dunia.. tp admin masih lulus geografi ngan BM tau..

Jejai Sambut Birthday Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan atau lebih dikenali fasha sandha telah menyambut birthday pd 28hb mac 2012 baru2 ni... biasa lah mesti lah bersma org tersyg nyer jejai.. sambutan birthday yg ala2 putri ker diva ni.. admin malas nk tulis banyak2..meh i share jer gambar2 sambutan birthday tu. Sumber : beautifulnara.com





Thursday, March 29, 2012

SAHHH KLCC TERBAKAR

Di twitter mula pantas tersebar gambar klcc yg terbakar...d blog2 pn mula memaparkan gambar2 tu tp admin lebih memilih untuk tunggu kisah sebenarnya.. so td kat berita dh keluar yg mmg sah KLCC terbakar.. dan khabarnya pengunjung ramai yg panik..

Ni adalah kenyataan daripada Berita Harian :

Restoran di Suria KLCC terbakar
2012/03/29

KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran di aras bawah Suria KLCC petang tadi, menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah itu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit.
Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan.

Dan ni adalah gambar kebakaran tersebut , sumber  : notainfo.com






Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Sekarang ni musim artis bertunang agak nyer.. awal2 tu Irma Hasmie leh tgk kat SINI  , selepas tu awal & sacha plak yg bertunang leh tgk kat SINI.. dan tebaru Liyana Jasmay plak telah bertunang dengan Fathuddin Mazlan..aduhai sama padan dorg ni.. mcm pinang berbelah2 ... seyes.. korg tgk lah sendiri.... sumber : kakibising.com

Sepadan kan..kan


kawan2 artis yg hadir
pengantin baru pn ada mai...
indah nya...

Update : Pelakon Tentang Bulan.. Bercinta..Berpisah..BerTatto Untuk Kekasih Pengkid

alamak admin terlupa lak... tadi admin ada cerita psl bdk fatin pelakon tentang bulan tu .. kat SINI, admin terlupa nk letak gambar dia buat tatto tu.. sowie erk.. td ada hal urgent sgt.. terus publish jer tanpa tgk2 lagik.. Admin doakan mudah2an did diberikan hidayah selagi belum terlambat.. Sumber : rotikaya,com


Pelakon Tentang Bulan.. Bercinta..Berpisah..BerTatto Untuk Kekasih Pengkid

Mengeluh admin baca hal ni d rotikaya.com (terus ceduk pic kat sna).. mungkin ni lah harga yg perlu kita bayar untuk sebuah negara yg membangun..kan..kan.. ok la apa yg admin nak share mungkin korg dh tau.. tp xper lah nk share juga..

korg kenal Fatin Nur Afifah ?? tak kenal... ingat movie 'tentang bulan' ... ingat dah.. ah dia ni lah salah seorang daripada pelakon tersebut..dia memainkan watak yg tomboi tu.. ok budak ni.. dengan berani membuat pengakuan di blog nyer yg dia ngn minah penkid yg bernama puteri sarah (nama sedap tu) sudah berkasih syg dh setahun..  ok aku share dulu gambar2 kemesraan sewaktu hangat2 tai ayam bercinta tu..






Dah tengok kan kemesraan dorang.. kan..kan ... dan khabar nyer..  dorang berpisahhh..  dan sebab sayang  7 petala langit agak nyer.. bdk fatin ni telah mengabadikan nama minah pengkid yg di panggil putt di body nyer... masyaallah.. bdk2 skrg..membuat tatto kekal tu aduh besar kesalahannya tu.. dan untuk menambah lagi perisa cerita cinta dia ni.. minah pengkid ni telah membuat ugutan klu bdk fatin ni menyebarkan hal2 buruk pasal dia..gambar lucah fatin akan disebarkan.. lah plak waktu bercinta bukan main lagik....

Ralat : Admin lupa nk letak pic tatto tu so korg leh baca update nyer di SINI

Wednesday, March 28, 2012

Update : Majlis Pertunangan Irma Hasmie

Awal2 sekali admin mintak maaf sgt dgn ralat ni.. admin ada letak gambar tunang Irma Hasmie tp ada kesilapan sedikit ... rupanya tu bukan lah pic tunang Irma Hasmie.. so ni admin update gambar pertunangan irma dengan tunang dia tu erk..kali ni seyes betul...

sedap mata memandang...suma labuh2 ..cukup kainnya

amin,.. 

ni bukan erk ni hatta dolmat

kawan2 artis

cantik.. 





Ahh ni lah tunang sebenar irma


Tuesday, March 27, 2012

Wanie Disingkirkan Tanpa Peluang Kedua??

Apa sebenarnya masalah program Mentor ni (marah ni...maklum org kg hehehe..ok seyes..) .. di blog2 mula bertiup berkenaan penyikiran wanie .. admin sendiri pun sebelum ni ada post kan pasal wanie dikeluarkan dr program mentor sbb masalah kesihatan, boleh klik di SINI

Dan wanie melalui official fanpage nyer telah memberitahu yg dia tidak  menarik diri tetapi disinggkirkan..leh tgk kat bawah ni ;

Selain tu d ex sifu nya yg telah cuba utk mempertahankannya turut mengahadapi tekanan dr pelbagai pihak... alahai... pelik kan.. klu mentor nyer nk dia kekal pn.. apa lah masalahnya.. klu betul produksi tu risau sgt ..buat agreement klu apa2 terjadik jgn salahkan dorg..tanggung sendiri.. ni pong pang panggil suh mai bertanding.. awal2 tak nk check

Dan melalui portal GUA.com wanie ada mengeluarkan kenyataan :

Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.

aduhai... sabar lah wanie... ni lah dunia hiburan...lebih kurang mcm dunia politik juga ..pandai idup boleh lah bertahan... dan ferhad telah mendapat tisha sebagai pengganti wanie.. aku ada dgr cerita sal bdk ni nnti aku share...


sumber info & gambar : beutifulnara.com & gua.com


Monday, March 26, 2012

Adik Siti Nurhaliza pulak yang kahwin

Pada 17hb Mac yg lalu admin ada bukak cerita pasal anak tiri yg suka bersosial tu , leh baca kat SINI. Ok kali ni admin nk cerita lagik pasal adik siti lak yg lelaki nama hafiz.. tp kali ni bukannya cerita yg xok.. cerita mendirikan masjid.. alhamdulilah...Macam yg admin tulis sebelum ni... sapa pun kita jika ada hubungan dengan org terkenal ni..buruk or baik akan dilihat juga... Meh jom tgk suasana majlis akad nikah.. Sumber : izyan.com

Bukan Senang woo dpt khidmat mak andam datuk..
Beruntung lah dapat akak ipar mcm Ct