Ads :

Monday, October 8, 2012

IniKah Awek Pemain Bola Malaysia??

Rasanya kisah pemain bola plak yang semakin kedengaran desus2nya.. dari kisah mahkamah rita dan aidil , percintaan apek & awek dan kini safee plak.. meh meh2 kita cikadaut...



Kedengaran gosip yang beliau mempunyai hubungan dengan julia hana.. dan Safee menafikannya..

Menariknya, untuk mengukuhkan penafian tersebut Safee Sali mengakui yang beliau kini sedang bercinta dengan seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti gadis tersebut.
Cabaran ini kami terima dan seorang pembaca kami di Jakarta, Indonesia telah mengirimkan dua keping gambar yang di’dakwa sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau.
Mereka berdua di’lihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.

Menurut sumber kami, gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di’sana.
“Cukup saya kata kekasih saya bukan Julia Hana. Dia (kekasih) bukan juga artis atau orang ternama. Pada masa ini, biarlah hal ini peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat,” ujar Safee Sali kepada Utusan Malaysia hari ini.

Bagi admin peminat hanya perlu mendoakan yg terbaik saja lah utk mereka2 ni.. lagi pun safee sendiri telah berpisah dengan baik walupun di awal2 perpisahan mereka kedengaran juga cerita yg kurang enak. Bagi admin molek sikit lah di dgr klu dh ada GF isu cerai kat mahkamah dh selesai.. jgn plak kat mahkamah lum selesai...timbul plak cerita dh bercinta dgn orang lain.. aaaa mcm mana lah tu??

Ok berlainan plak dengan ceritanya Aidil Zafuan yang dikatakan tengah hangat bercinta dengan Jue Aziz walaupun dinafikan oleh jue sendiri. Orang kata takder angin pokok tak kn bergoyang sendiri.. Admin sendiri ada share info pasal kemenangan Rita di dalam penjagaan ank.. klu lum baca klik kat SINI.


Jue Aziz dan Aidil Zafuan Abd Razak
Isu membabitkan hubungan cinta membabitkan Jue Aziz dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Malah, khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila suami kepada aktres Rita Rudaini itu dikatakan membeli seutas jam tangan dari sebuah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memujuk Jue.


Lebih menguatkan desas-desus percintaan mereka, Aidil sekali lagi telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini dan sudah tekad untuk menceraikan isterinya yang dinikahi semenjak tahun 2009.


Malah, Zass sendiri sudah mendapat pengesahan dari Rita berkaitan surat tersebut dan aktres berkenaan enggan mengulas lanjut.


Bagaimanapun, usaha Zass untuk menemu bual Jue berkaitan hubungan mereka tidak berhasil apabila pelakon yang turut membintangi filem Hantu Bonceng ini seperti cuba mengelak untuk ditemu bual.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Jikalau anda suka dengan artikel ni..sila lah share... maceh....
Sumber info & gambar : sinarharian.com.my & rotikaya.com

No comments:

Post a Comment