Pada tahun sekitar 1991 - 1997 , kita dikejutkan dengan kekejaman yang berlaku di Bosnia.. Admin nak kongsi rentetan sejarah berdarah yang berlaku di Bosnia.. Admin copy n paste dari Utusan Online ;
Sebenarnya pada 6 April 1992, berlaku satu tragedi di bekas Republik 
Yugoslavia. Pada hari itu, seorang gadis etnik Bosniak, Suada 
Dilberovic, 24, telah dibunuh oleh penembak curi Serbia di tengah bandar
 Sarajevo, Bosnia, menjadikannya mangsa pertama keganasan kaum Serb di 
negara berkenaan. 
Dalam kejadian pada 6 April 1992 itu, Suada bersama kira-kira 100,000
 orang penduduk Bosnia dari pelbagai agama dan etnik telah berarak 
secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia-Herzegovina dari Yugoslavia. 
Perarakan itu juga bagi menyatakan protes mereka terhadap tindakan 
Tentera Rakyat Yugoslav (JNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung 
Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosniak dan Croat.
Bosnia yang dipimpin oleh Alija Izatbegiovic yang juga Presiden 
Republik Sosialis Bosnia, sebelum itu telah menarik diri dari 
Yugoslavia. Keputusan itu dibuat melalui pungutan suara pada November 
1991, tetapi diboikot oleh etnik Serb. 
Sebelum itu Croatia, Macedonia dan Slovenia telah terlebih dahulu 
mencapai kemerdekaannya dari Yugoslavia. Ini menyebabkan Presiden 
Republik Srpska, Rodovan Karadzic dan Presiden Serbia, Slobodan 
Milosevic memutuskan untuk memerangi dua etnik itu.
Ketika situasi tegang itulah pada 6 April 1992, satu tunjuk perasaan 
besar-besaran di adakan di Sarajevo dan Suada terkorban. Dari sini 
perang Bosnia merebak hingga akhirnya lebih 200,000 orang terbunuh. 
Dianggarkan 65 peratus daripada keseluruhan mangsa perang itu ialah 
etnik Bosniak yang beragama Islam, etnik Serb (25 peratus) manakala 
selebihnya Croat dan lain-lain bangsa.
Selain itu, lebih 50,000 wanita dirogol dan 2.2 juta lagi terpaksa 
meninggalkan kediaman masing-masing. Oleh sebab itulah, sejarah 
keruntuhan Yugoslavia ini perlu kita ambil pengajaran kerana terdapat 
banyak persamaan antara Malaysia dengan negara tersebut.
Pertama, Yugoslavia negara pelbagai etnik. Begitu juga Malaysia. Di 
Bosnia, etnik Bosniak yang beragama Islam, meliputi 43 peratus daripada 
keseluruhan penduduk negara itu. Ini diikuti oleh etnik Serbia (31 
peratus) yang menganut Kristian Ortodoks manakala Croat, Kristian 
Katolik (17 peratus). Di Malaysia pula, masyarakat Melayu/Islam adalah 
majoriti (54 peratus).
Kedua, sejak menjadi pemimpin Yugoslavia pada 1945, Josip Broz Tito 
telah berjaya menyatukan seluruh etnik itu dalam satu kesepakatan yang 
kukuh. Beliau tidak memberi ruang kepada suara-suara pelampau perkauman,
 demi membina Yugoslavia yang bersatu.
Biarpun beliau berketurunan Croat, ramai pemimpin dan aktivis Croat 
telah ditahan Tito apabila cuba mencetuskan suara perkauman. Paderi juga
 tidak terlepas daripada tindakan beliau. 
Bagaimanapun, selepas kematian Tito pada 1980, pergelutan etnik mula 
tercetus dan tidak dikawal. Natijahnya, Yugoslavia akhirnya runtuh pada 
1991 dan Perang Bosnia tercetus pada 1992.
Lihatlah situasi yang berlaku di Malaysia. Suatu ketika dahulu, kita 
hidup harmoni. Suara-suara perkauman melampau disekat secepat dan 
setegas boleh. Mereka yang mengapi-apikannya akan menerima padah seperti
 yang dilakukan dalam Operasi Lalang 1987.
Tetapi, apa yang berlaku dewasa ini? Apabila suara-suara perkauman 
dan keagamaan melampau diberikan ruang, ketegangan kaum mula tercetus. 
Keadaan ini diapi-apikan pula oleh pihak-pihak tertentu yang 
berkepentingan hingga menyebabkan kita berasa gerun dengan apa yang 
berlaku.
Situasi ini menyatakan bahawa Malaysia memerlukan seorang pemimpin 
yang tegas, tetapi menghormati hak semua bangsa dan etnik di negara ini.
 Menghormati bukan bermaksud menunaikan semua permintaan sesuatu kaum 
hingga mereka menjadi besar kepala, tetapi menunaikan apa yang sepatut 
dan seadilnya seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara. 
Selama hampir 40 tahun Tito memerintah, semua etnik di Yugoslavia 
hidup bersatu. Tetapi mengapa sebaik-baik beliau meninggal dunia pada 
1980, ketegangan kaum mula tercetus? Ada dua sebab. Pertama, kerana 
pemerintah selepas beliau memberi ruang kepada suara-suara perkauman. 
Kedua, dikatakan semasa pemerintahan Tito, beliau menekan etnik-etnik 
tertentu. 
Perkara seperti inilah yang perlu dielakkan dan diberi perhatian oleh
 penguasa politik negara. Kedudukan Islam dan Melayu perlu sentiasa 
dijaga rapi dan dihormati, tetapi dalam masa yang sama, hak kaum dan 
agama lain mesti sentiasa dijaga. 
Pengajaran kedua yang perlu diambil ialah jangan lalai dengan nasib 
bangsa. Itulah yang berlaku kepada etnik Bosniak. Walaupun menjadi etnik
 majoriti dan memegang kerusi Presiden Bosnia, tetapi pegangan politik 
mereka tidak sekukuh yang digambarkan.
Dari segi ketenteraan pula, etnik Bosniak ini tidak bersedia untuk 
menghadapi serangan. Tentera Republik Sosialis Bosnia Herzegovina bukan 
sahaja kekurangan dari segi peralatan, malah turut dianggotai oleh 
etnik-etnik lain (25 peratus). 
Ini berbeza dengan tentera Serb, Army of Republika Srpska, yang 
dianggotai 100 peratus etnik Serb. Ia sangat lengkap dari segi peralatan
 dan mendapat sokongan luar, terutama dari Serbia dan Rusia.
Ketiga: Jangan percaya kepada kuasa asing. Cuba lihat kembali apa 
yang dilakukan oleh Tentera Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) dan
 Britain semasa Perang Iraq dahulu. 
Iraq menceroboh Kuwait pada 2 Ogos 1990. Pada 17 Januari 1991, AS 
memulakan serangan udara yang cukup dahsyat dan sebulan setengah 
kemudian (28 Februari 1992), Saddam Hussein terpaksa menyerah kalah. 
Perang itu tamat dalam waktu yang begitu singkat sekali.
Lihat pula serangan Tentera Bersekutu ke atas Iraq bagi kali kedua 
pada Mac 2003. Serangan bermula pada 22 Mac dan berakhir pada 1 Mei, 
iaitu kira-kira 50 hari sahaja.
Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Tentera Bersekutu, Pertubuhan 
Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta PBB untuk menghentikan 
pembersihan etnik oleh tentera Serb dan Croat ke atas masyarakat Muslim 
Bosnia dahulu? Kenapa mereka tidak bertindak seperti yang dilakukan di 
Iraq?
Jangan lupa juga, Rodovan Karadzic, hanya ditangkap selepas 13 tahun 
perang berakhir. Ratko Mladic, pemimpin tentera Serb Bosnia pula, sampai
 sekarang masih 'gagal dikesan.' 
Ini berbeza dengan tindakan mereka di Iraq. Tentera Barat mencari 
Saddam 24 jam sehari, sehingga ke lubang cacing. Beliau ditangkap enam 
bulan selepas tamat perang (14 Disember 2003) dan tiga tahun kemudian, 
iaitu pada 30 Disember 2006, bersamaan dengan fajar Aidiladha, hukuman 
gantung sampai mati dilaksanakan ke atasnya.
Pengajaran keempat ialah, jangan sekali-kali lupakan asal usul. 
Inilah yang berlaku di Bosnia, apabila generasi mudanya melupakan Islam.
 Akhirnya, mereka hilang kesatuan jemaah dan longgar persaudaraan sesama
 Islam. Hinggakan kita di Malaysia sendiri tidak tahu etnik Bosniak 
adalah Muslim.
Yang terakhir, pihak-pihak tertentu, khususnya Barat memang sentiasa 
mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Mereka ibarat serigala yang 
tidak pernah melupakan mangsa. Sayangnya, masyarakat Islam Bosnia pada 
18 tahun yang lalu, seperti tidak sedar mereka di kelilingi oleh 
serigala.
Itulah juga situasi yang sedang berlaku di Malaysia. Kedudukan agama 
Islam dan bangsa Melayu sering kali dicabar. Mereka melakukan pelbagai 
daya bagi memperlekehkan semangat bersatu padu 1Malaysia.
  | 
| Gambar kekejaman - dikubur beramai2.. | 
  | 
 Dah Ingat pasal bosnia.. korang dh tengok keadaan bumi Bosnia sekarang?? meh admin nk share...
  | 
| Sumber Gambar : Mediamalaya.com | 
 
 
No comments:
Post a Comment