Semalam.. masa dok sikit2 debat pasal ptptn tu.. adalah iklan rancangan Tv baru 'On Air'. admin dok tgk lah perampuan ni... mcm aku kenal jer.. tp kat mana erk.. peserta ker.. tp mcm dh pro plak admin tengok.. rupa2nya... jeng...jeng,,,
PETALING JAYA – Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, 
membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya 
dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, 
Sultan Hassanal Bolkiah.
Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, 
Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) 
bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi 
program itu.
“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila 
dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis 
peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.
“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa
 teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar 
Online, di sini, Selasa.
Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.
Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada
 episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama
 Datin Seri Normala Samsudin.
“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air 
dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.
“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah
 bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti 
ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama 
menyepi,” ujarnya.
Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau
 mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada 
satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu 
berusia 26 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua
 cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul 
Bolkiah,4.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan 
Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 
manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik
 balik.
Dari kiri; Aznil, Datin Seri Normala Samsudin dan Azrinaz.
Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara 
baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) 
hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.
Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi 
merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai 
Artis Residen Astro.
Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin 
akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk 
segmen Diari On Air. (Mstar)
Sumber Gambar & Info admin ceduk dr Mynewshub.my
psssstttt kalau kauorang suka dengan artikel ini..sila lah share..